lelaki dan wanita terpendek di dunia telah bertemu untuk pertama kalinya saat mengambil gambar untuk pelancaran bukuGuinness World Records 2013.Chandra Bahadur Dangi berusia 72 tahun, lelaki terpendek di dunia berasal dari Nepal dan Jyoti Amge berusia 18 tahun, wanita yang paling pendek di dunia berasal dari India mengenakan pakaian tradisional dari negara asal mereka.
Pemotretan yang berlangsung di Itali untuk sampul edisi 57 dari buku Guinness World Records 2013 tersebut memberikan catatan lain, merupakan pertama kalinya dalam catatan sejarah bahawa lelaki dan wanita terkecil di dunia telah bertemu. Amge dengan tinggi 24,7-inci menjadi wanita paling pendek di dunia pada tahun 2011. Amge mempunyai bentuk dwarfisme yang disebut achondroplasia, jadi dia telah mencapai ketinggian maksimum nya. Amge mempunyai ketinggian lebih kecil dari pada remaja usia rata-rata 2 tahun, dia berharap untuk dapat sekolah di perguruan tinggi dan menjadi bintang Bollywood.
Dangi dengan tinggi 21,5 inci tercatat sebagai manusia terpendek di dunia ini pada bulan Februari 2012, ia telah memecahkan rekod sebelumnya dari Gul Mohammed asal India, Gul meninggal pada tahun 1997 dan tercatat dengan tinggi 22,5 inci. Hal yang menyebabkan keadaan tubuh Dangi berukuran pendek belum diketahui, dia tidak pernah check up dengan doktor hingga doktor Guinness mengukur dirinya pada bulan Februari lalu. Dangi tinggal di desa Rhimkholi yang terletak dipegunungan terpencil Nepal
Pertemuan Pertama Lelaki Dan Wanita Terpendek Di Dunia

tamadun islam dan tamadun asia 1 kungfu panda

20 perbezaan lelaki perempuan secara saintifik 18f...

abang long rajin

sekitar pengambaran teaser filem amukan kuntilanak

pulang ke rumah untuk buat kejutan lelaki ini mera...

sokong kedai fama kuala pilah

resepi air kathira

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 comments:
Post a Comment