Kempen ‘Terbang Pulang Untuk Mengundi’ AirAsiaX

AirAsia X

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh, AirAsiaX akan mengadakan kempen ‘Terbang Pulang Untuk Mengundi’ bersempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
AirAsiaX melalui satu kenyataan media memberitahu, kempen itu menyaksikan tawaran tambang menarik diberikan kepada rakyat Malaysia di luar negara yang mahu pulang ke tanah air bagi mengundi pada 5 Mei ini.
“Kempen ini menawarkan tambang menarik untuk pengundi yang berada diluar negara yang mahu pulang mengundi pada 5 Mei ini dan membolehkan mereka membuat rancangan awal untuk pulang selepas tamat PRU13,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, AirAsiaX menawarkan tambang serendah AUD 199 untuk pengundi dari Australia, Jepun (serendah JPY12,000), China (serendah CNY600), Korea (serendah KRW129,000) dan Taiwan (serendah TWD3,290) ke Kuala Lumpur.
Kata kenyataan itu, tempahan tiket boleh dibuat bermula hari ini sehingga 30 April 2013 bagi penerbangan antara 22 April hingga 5 Mei untuk penerbangan ke Kuala Lumpur dan 5 hingga 19 Mei ini untuk penerbangan pulang ke luar negara.
Tambah kenyataan itu, orang ramai terutama pengundi yang berada di luar negara yang mahu mahu mendapatkan maklumat lanjut tentang tawaran itu boleh menghantar emel kepada aax_myelection@airasia.com.
AirAsiaX bagaimanapun menjelaskan rakyat Malaysia yang mahu mengambil tawaran ini perlu menjadi pengundi berdaftar dan dikehendaki memberi beberapa maklumat yang diperlukan untuk tujuan itu.
Maklumat tersebut adalah nama penuh, tarikh lahir, nombor Mykad, nombor pasport, tarikh tamat tempoh pasport, tempat berlepas serta tarikh berlepas dan pulang. – mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story