Kos Sebenar Haji Dijangka Bertambah

Kos Sebenar Haji Dijangka Bertambah

JEDDAH – Bayaran haji kekal RM9,980 walaupun kos sebenar mengerjakan ibadah haji tahun ini dijangka meningkat.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Ismee Ismail menganggarkan tahun ini TH akan membiayai RM5,575 tiap seorang jemaah muasassah berbanding RM5,100 tiap seorang pada tahun lepas, bagi membolehkan bayaran haji kekal pada RM9,980 seperti tahun sebelumnya.
Beliau berkata pembangunan semasa projek perluasan kawasan sekitar Masjidil Haram di kota Mekah menyaksikan pihak TH terpaksa menyewa beberapa bangunan baharu, sekali gus meningkatkan kos sebenar haji.
Katanya selaras dengan pelaksanaan projek berkenaan, beberapa bangunan, termasuk yang disewa oleh TH untuk jemaah di musim haji lepas, sudah dirobohkan, menjadikan bangunan yang ditawarkan buat jemaah pada musim haji nanti semakin berkurangan dan lazimnya pengurangan itu akan mengakibatkan kos bagi menyewa bangunan baharu.
Beliau berkata demikian pada persidangan media selepas mengambil bahagian dalam perbincangan antara TH dan Kementerian Haji Arab Saudi di sini, Rabu.
Ismee berkata soal penginapan para jemaah haji Malaysia ketika ini hampir diselesaikan oleh TH dan pihaknya sedang menguruskan beberapa urusan lain yang penting seperti penerbangan jemaah dan sebagainya.
Beliau berkata biasanya soal penerbangan tidak membabitkan banyak masalah apabila pihaknya mendapatkan kerjasama baik daripada dua syarikat penerbangan utama untuk membawa jemaah ke tanah suci, iaitu Malaysia Airlines dan Saudi Air.
Difahamkan ketika ini surat-surat tawaran untuk mengerjakan haji musim ini sudah disampaikan kepada semua jemaah yang berkenaan, dan mereka sudah mula menghadiri kursus-kursus asas haji.- BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story