Rusdi Ramli Didakwa Tak Profesional?

Rusdi Ramli

Memandangkan sebelum ini pelakon hebat, Rusdi Ramli mengaku melakonkan babak ‘panas’ bersama Nora Danish menerusi filem ‘Mencari Cinta’ adalah kerana arahan daripada pihak pengarahnya, Shirin Hj. Khuzaimi, semalam pengarah tersebut telah menafikan dakwaan berkenaan dan mengaku merasa kecewa dengan tuduhan tidak berasas itu.
“Saya kecewa dengan kenyataan dia. Sebagai seorang pelakon, dia sepatutnya terima apa yang saya arahkan, bukannya saya arah dengan tunjuk macam mana cara untuk dia lakonkan. Saya cuba bagi arahan dan dia cuma lakonkan, maknanya macam dia jual lakonan dia dan saya beli.
“Sebagai seorang pelakon yang dah lama, verstail dan saya memang minat dengan lakonan dia, dia kena terima benda ini sebagai perkara yang positif. Tak adillah dia hentam saya dari belakang macam itu,” ujar pengarah filem ‘Mencari Cinta’ dengan nada kesal.
Mengulas lebih lanjut mengenai kontroversi trailer yang dikatakan mengandungi unsur seks sehingga menimbulkan pelbagai pandangan negatif masyarakat, Shirin telah menegaskan filem tersebut sama sekali tiada unsur seks dan melahirkan rasa kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang suka membuat tanggapan awal tanpa menonton cerita tersebut terlebih dahulu.
“Saya kecewa kerana sikap masyarakat kita yang suka buat kesimpulan awal dan menghukum awal sesuatu perkara. Benda yang mereka tengok sikit je, tapi mereka dah mula fikir panjang dan bukan-bukan.
“Sebenarnya perjalanan cerita ini adalah percintaan selepas berkahwin, jadi apa yang berlaku dalam babak itu sahaja yang menunjukkan sebagai hubungan suami isteri, yang sebetulnya ia adalah perbuatan berbual di atas katil dan bukannya melakukan sesuatu yang negatif.
“Jadi saya galakkan orang tengok dulu filem ini, selepas itu baru buat kesimpulan.”
Dalam pada itu, pengarah ini turut akui dia menghasilkan filem tersebut mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan bukannya menghasilkan filem yang mengandungi unsur seks seperti dikatakan umum.
“Babak yang dipotong cuma 10% sahaja. Saya buat ikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh LPF dan pihak LPF telah lulus bersih filem tersebut.
“Filem itu pun diklasifikasikan dalam kategori P13, untuk tontonan 13 tahun keatas, bukannya 18sx. Jadi, ini bukan filem yang berunsurkan seks, tetapi ia merupakan filem cinta,” tegas Shirin sewaktu bertemu di malam gala filem arahannya semalam. –Ohbulan.Com


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story