Dalam pada senyap daripada sebarang publisiti mahupun gosip hangat, Juara Akademi Fantasia 5, Mila Jirin khabarnya telah disunting oleh jenama produk kecantikan antarabangsa.
Khabarnya, Mila baru-baru ini telah menghadiri sesi fotografi dan video eksklusif bagi menjayakan kempen terbaru jenama yang beribu pejabat di Amerika Syarikat itu.
Menurut sumber yang memberi tahu portal murai.com.my, kempen kecantikan yang menggunakan wajah Mila itu akan mula disiarkan dalam beberapa bulan sahaja lagi bagi menarik lebih ramai wanita menghargai kecantikan wajah.
Portal Murai diberitahu lagi, bukan sahaja Mila, malah ada beberapa selebriti popular lain daripada pelbagai bangsa yang telah dipilih bagi menjayakan kempen berkenaan.
Ini bermakna, kehadiran Mila dalam kempen berkenaan adalah untuk menarik peminat berbangsa Melayu dan mereka yang seusia dengan penyanyi Aku Lebih Tahu itu.
Malah portal murai.com.my, perhatikan pemilihan Mila bertepatan sekali kerana dia sememangnya memiliki kulit wajah yang bukan sahaja cantik tetapi juga sihat.
Maka tidak hairanlah jenama antarabangsa berkenaan memilihnya untuk memperkenalkan variasi produk kecantikan terkini untuk kulit wajah wanita Asia masa kini.
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment