Singapura – Seorang pengedar heroin yang didapati bersalah menyeludup dadah menjadi orang pertama terlepas hukuman mati berikutan pembaharuan dalam pelaksanaan hukuman mati di negara ini.
Warga tempatan, Abdul Haleem Abdul Karim, 30, terselamat daripada hukuman gantung kerana dia hanya mengedar dan membantu polis menumpaskan kegiatan penyeludupan dadah, kata Pejabat Peguam Negara.
Abdul Haleem bagaimanapun dijatuhi hukuman penjara seumur hidup serta 24 sebatan kelmarin.
Sebelum pindaan undang-undang dilasanakan tahun ini, hakim di Singapura tidak mempunyai pilihan kecuali mengenakan hukuman mati dengan gantung ke atas mereka yang didapati bersalah menyeludup dadah melebihi had tertentu.
Menurut undang-undang lama, mereka yang didapati bersalah mengedar lebih 15 gram heroin berdepan dengan hukuman mati mandatori.
Abdul Haleem dan seorang rakan didapati memiliki sekurang-kurangnya 72.5 gram dadah itu apabila ditangkap pada 2010, kata pendakwa raya.
Hukuman mati mandatori itu sudah sekian lama dikecam oleh kumpulan hak asasi manusia yang berkata, kebanyakan pengedar ditangkap dan menjalani hukuman itu terdiri daripada pengedar kecil-kecilan. – AFP
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment