Tiada Sekatan Media Asing Buat Liputan PRU-13

Datuk Ibrahim Abdul Rahman

KUALA TERENGGANU – Media asing tidak dihalang daripada membuat liputan sepanjang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di Malaysia, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman.
Media asing berkenaan sama ada yang sudah mempunyai pewarta mereka di Malaysia, ataupun datang semata-mata untuk PRU13, bagaimanapun perlu mendapatkan pas akreditasi daripada Jabatan Penerangan untuk memudahkan pergerakan mereka membuat liputan.
“Pihak media asing yang datang ke Malaysia untuk PRU13 perlu membuat pas akreditasi (media berwarna merah) untuk memudahkan mereka mendapat akses ke majlis dan acara rasmi sepanjang PRU13,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Pusat Media PRU13 negeri di pejabat Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) di sini, hari ini.
Beliau berkata, untuk mendapatkan pas akreditasi itu mereka hanya perlu melalui beberapa proses mudah di Jabatan Penerangan selain perlu memaklumkan kepada Wisma Putra (Kementerian Luar).
Pas media itu boleh disiapkan dalam tempoh dua hari, dan dengan pas itu mereka boleh memohon mendapatkan pas khas media untuk liputan PRU13, daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Dalam pada itu Ibrahim menasihati wartawan dan jurugambar tempatan supaya berhati-hati ketika bertugas di lapangan dan tidak terperangkap dalam situasi kemungkinan berlaku pertelingkahan antara penyokong parti-parti yang bertanding. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story