KUALA LUMPUR – KFC Malaysia tidak mahu ketinggalan dalam memeriahkan musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dengan menawarkan diskaun untuk produk tertentu restoran makanan segera tersebut bermula 9 hingga 30 April ini.
Pengarah Urusan, QSR Brands (M) Holdings Sdn. Bhd. selaku pengendali KFC Malaysia, Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata, diskaun sebanyak 20 peratus akan diberi bagi setiap pembelian Bucket dan Barrel KFC melalui Promosi Pilihan Raya KFC Malaysia.
“Promosi yang berlangsung dari 9 hingga 30 April 2013 menawarkan diskaun 20 peratus kepada pelanggan yang membeli Bucket dan Barrel KFC bermula pukul 9:30 malam sehingga restoran ditutup. Manakala untuk restoran 24 jam, tawaran ini adalah sah sehingga pukul 2 pagi.
“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan promosi bersempena pilihan raya ini sebagai tanda sokongan kepada semua rakyat Malaysia yang akan melalui proses pilihan raya umum tidak lama lagi,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Ahmad Zaki berkata, tempoh Promosi Pilihan Raya KFC Malaysia itu bagaimanapun bergantung kepada tarikh sebenar pilihan raya dan sekiranya hari pengundian melepasi hujung bulan ini, pihaknya akan meneruskan promosi itu sehingga tarikh pengundian.
Menurut beliau, promosi itu dharap dapat memenuhi keperluan rakyat terutama kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam menjalankan kerja-kerja pilihan raya yang bekerja siang dan malam sepanjang tempoh kempen dan pilihan raya berlangsung.
“Ekoran bilangan restoran KFC yang besar, dengan kira-kira 560 restoran di seluruh Malaysia, (diskaun) KFC akan dapat dinikmati oleh sebahagian besar rakyat Malaysia,” katanya lagi. – mynewshub.my
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment