Isu pergolakkan keluarga antara Afiq Muiz dan ibunya serta seorang artis wanita yang hanya dikenali kerana gosip murahan dan bukan kerana bakatnya semakin hangat diperkatakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Ini berlaku apabila artikel pertama tentang perubahan diri Afiq Muiz yang didedahkan ibunya.
Sebagai anak, Afiq Muiz sepatutnya perlu terus berjumpa ibu’nya dan bukan menggelupor sibuk membuat sidang media pula tak tentu pasal (budget awak popular sangat ke?). Perkara ini membimbangkan ramai orang kerana selain melibatkan kisah keluarga Afiq Muiz, ianya juga melibatkan imej para artis lain yang terkena tempias dengan apa yang berlaku.
Perkara ini akhirnya mendapat respon dari Presiden Seniman, Zed Zaidi yang akhirnya menyarakan pendapat beliau mengenai kemelut yang melanda. Melalui kenyataan di dalam akhbar Sinar Harian, Zed berpesan kepada Afiq Muiz agar menilai semula tindakannya dan menyedari bahawa ibu tiada tolok gantinya.
“Afiq kena sedar, biarpun ini melibatkan hal keluarga, sebenarnya secara tidak langsung ia melibatkan imej artis juga.Cukup-cukuplah aibkan keluarga, buka pekung keluarga kerana keluarga ini sebenarnya adalah maruah kita.Seburuk-buruk mana pun ibu kita, kita perlu pertahankan dia dan Afiq sebagai seorang anak sebenarnya patut berjumpa ibunya ketika pertama kali artikel mengenai dirinya dikeluarkan.“Bukannya membuat sidang media dan ‘menyerang’ ibunya semula. Satu saja pesan saya, wanita yang bergelar ibu, hanya ada satu, tiada galang ganti. Tetapi perempuan, ramai di luar sana, hilang satu, pasti ada gantinya,” katanya yang turut menasihati Eina Azman agar mengunci mulut dalam kemelut ini.”
Memang padu, tepat dan bernas respon yang dikeluarkan oleh Zed Zaidi ini. Benar-benar menusuk tepat ke kalbu hingga bernanah telinga Afiq Muiz mendengarnya. Kehkeh!
Kami baru-baru ini ada meminta respon dari pembaca Oh! Media tentang isu ini tetapi tidak mengaitkan tentang Afiq Muiz secara terus. Lebih 500 respon yang diterima di mana anda boleh membacanya di sini.
OH! ARTIS
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment