KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan pelakon Wan Nor Azlin untuk mengenepikan writ saman difailkan oleh bapanya bagi mendapatkan perintah pengosongan sebuah rumah di Taman Sri Keramat yang merupakan harta sepancarian dengan arwah ibunya.
Berdasarkan afidavit difailkan Wan Mohd Husain, 76, dia mendakwa tinggal di rumah itu bersama isterinya sehingga wanita itu meninggal dunia pada 2008.
Selepas isterinya meninggal dunia, Wan Mohd Husain mengajak Wan Nor Azlin tinggal bersama dan anaknya tidak pernah membayar sewa bulanan atau sebarang bil.
Pada pertengahan 2011, Wan Mohd Husain mahu menjual rumah itu dan meminta anaknya mengosongkan rumah bagi memudahkan proses itu.
Bagaimanapun Wan Mohd Husain berkata, Wan Nor Azlin gagal berbuat demikian dan mendakwa dia mempunyai kepentingan dalam rumah itu kerana ada memasang kabinet dapur dan almari.
Wan Mohd Husain mendakwa selain membuat gangguan terhadap proses jual beli rumah itu, Wan Nor Azlin juga mendapatkan kaveat persendirian terhadap rumah itu.
Tindakan itu menyebabkan Wan Mohd Husain trauma dan terpaksa menyewa rumah.
Oleh itu, Wan Mohd Husain memohon perintah bagi mendapat hak milikan rumah itu, kaveat tanah yang dibuat Wan Nor Azlin dibatalkan, ganti rugi dan kos lain.
Sementara itu, pada 21 Mac lalu, Wan Nor Azlin memohon untuk mendapatkan deklarasi bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa dalam memutuskan perihal rumah itu.
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment