Susulan daripada dakwaan yang mengatakan Lan Todak memaki hamun adik beradik Shila Amzah di Twitter sekitar bulan lalu, akhirnya Sharnaaz tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut.
Menurut Sharnaaz, dia sendiri tidak tahu siapakah individu yang dimaksudkan oleh adik beradik Shila dan menegaskan bahawa dia akan mengambil tindakan serius sekiranya ada pihak cuba memfitnah dirinya dengan perkara yang tidak benar.
Saya tak tahulah. Jujur saya cakap kalau dekat Twitter saya, yang update daripada admin dia akan tulis dekat bawah tu admin. Tapi kalau tak ada tulis, maknanya itu memang daripada saya sendiri. Jadi, saya tak tahu dia tujukan perkara itu kepada siapa dan kalau orang itu nak kesahihan, semak betul-betul sebelum nak hentam saya.
Sekarang ini, siapa yang main suka-suka hentam saya, saya akan ambil tindakan sekeras-kerasnya sama ada melalui mahkamah atau sebagainya.
Mengulas lebih lanjut mengenai tindakan tegasnya itu, Sharnaaz akui selepas ini dia tidak akan mengambil langkah mudah dengan melepaskan amarahnya di laman Twitter, malah dia akan bertindak lebih matang dengan membawa perkara tersebut ke muka pengadilan.
Saya dah tak nak panggil budak pukul orang sebab nanti saya pula yang ke dalam. Jadi, sekarang ini kita jumpa peguam je.
Kalau dia nak fitnah saya ke dan sebagainya, saya dah tak nak maki-maki dekat Twitter lagi. Kalau sampai surat dari peguam nanti, sendiri mahu ingatlah kan? – Ujar Sharnaaz sewaktu bertemu di Restoran Rebung, Bangsar petang semalam.
Sharnaaz lebih selesa sibukkan diri dengan kerjaya berbanding soal cinta
Beralih kepada soal cintanya dengan Shila, aktor ini lebih selesa untuk tidak memberi sebarang komen mengenai isu berkenaan dan menyerahkan segala soal jodoh kepada ketentuan yang Esa.
Kalau boleh, saya tak nak komen benda itu.
Biarlah apa pun perasaan yang ada pada diri saya ini adalah satu rahsia, biar saya simpan sahaja.
Saya tak pernah anggap dia sebagai musuh, cuma kita kena terima ketentuan Allah. Kalau ada jodoh, datanglah halangan macam mana besar sekalipun, ia tak akan jadi apa. Tapi, kalau dah bukan jodoh, buatlah macam mana tak akan dapat.
Merujuk perkembangan terbaru, Sharnaaz difahamkan akan muncul dengan filem terbarunya berjudul Sindiket. Filem arahan Bade Haji Azmi ini akan turut dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Liyana Jasmay, Sharifah Amani, Daphne Iking, Soo Wincci, Rashidi Ishak serta Tony Eusoff. – Ohbulan.com.my
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment