Pasport ‘Polycarbonate’ Kini Di Sabah

Pasport Jenis 'Polycarbonate' Kini Di Sabah

KOTA KINABALU – Rakyat di Sabah kini boleh mendapatkan pasport antarabangsa Malaysia jenis ‘polycarbonate’ yang dipertingkatkan ciri keselamatannya.
Pengarah Imigresen Sabah Noor Alam Khan Abdul Wahid Khan berkata pasport itu dilancarkan di Kota Kinabalu pada Isnin lepas dan akan diperluas ke Sandakan, Tawau serta Keningau.
“Pada hari pertama ia dilancarkan sebanyak 396 keping pasport telah dikeluarkan dan pada hari kedua meningkat kepada 440 keping dan peningkatan ini disebabkan musim cuti persekolahan,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan jabatan itu, di Likas dekat sini hari ini.
Menurut Noor Alam Khan, pasport itu diperbaharui dengan ciri-ciri keselamatan selain tidak mudah koyak atau ditanggalkan.
Beliau juga meminta orang ramai agar melayari laman sesawang jabatan itu di www.imi.gov bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan pasport baharu terbabit.
“Bagi mereka yang mempunyai pasport lama masih boleh menggunakannya dan tidak perlu untuk menukar kepada yang baru sehingga tamat tempoh,” katanya.
Sementara itu, Noor Alam turut mengingatkan pekerja asing yang memegang dokumen IMM 13 agar membuat permohonan kepada imigresen dan mendapatkan kebenaran majikan seminggu lebih awal jika ingin keluar berurusan di luar Sabah.
Dokumen IMM13 merujuk kepada pas khas yang dikeluarkan Jabatan Imigresen kepada pelarian tulen dari Filipina yang meninggalkan negara mereka akibat perang, bagi membolehkan mereka tinggal di Sabah. – BERNAMA

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story