Sharifah Sakinah Mengaku Sedang Hangat Bercinta Dengan Anak Erma Fatima

Sharifah Sakinah Mengaku Sedang Hangat Bercinta Dengan Anak Erma Fatima

Membiarkan kisah video ‘gila’ yang mengundang kontroversi buat pelakon, Sharifah Sakinah, terbaru dia dikhabarkan sedang hangat bercinta dengan anak teruna pengarah tersohor, Erma Fatima iaitu Shamil Equan, 22.
Menjawab pertanyaan MH Online, Sakinah yang juga adik kepada Sharifah Shahira mengakui hal tersebut.
“Saya akui kami sedang bercinta dan hubungan kami sudah bermula sejak tahun lepas lagi. Buat masa sekarang, biarlah kami ‘just go with the flow’,” ujar Sakinah jujur.
Ditanyakan sejauh mana sikapnya dalam hal ini kerana dia sering dilihat tidak serius, kata Sakinah;
“Saya bila berkawan memang tidak suka main-main. Saya akan berikan sepenuh komitmen. Cuma, kali ini kisah percintaan saya mendapat perhatian disebabkan saya berkawan dengan anak Erma Fatima.” – Media Hiburan

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story