Wartawan Zubir Dihentam Pengarah Michael Ang



ohartis-michael-ang
Ini kisah yang tak berkesudahan antara wartawan popular kerana penulisan yang langsi , Zubir dan seorang pengarah terkenal, Michael Ang yang nampak ganas tapi lembut tu. Baru-baru ini Michael Ang telah memuat-naik 4 buah video yang menjawab segala persoalan tentang penulisan wartawan hiburan, Zubir yang mendakwa dirinya tak ada sivik berikutan menghadiri majlis perkahwinan anak Rosyam Nor dalam keadaan berpakaian yang tidak sopan.
Zubir ni pun satu, kalau iya pun Michael Ang berpakaian macam tu kenapa tak tanya terus kalau dah awak pun ada kat situ? Dah la tak tanya, lepas tu bukan main sedap lagi awak gunakan akhbar untuk menghemtam orang lain. Rasanya elok sesiapa lempang je si Zubir ni dari dulu sampai hari ni tak habis-habis perangai macam cipan. Jangan ingat awak tu ada kuasa menulis di akhbar, awak boleh tulis ikut sedap rasa awak. Isk nak tampo dah tua. Tak tampo rasa serba salah plak.
Menerusi video Keek Michael Ang, segala persoalan mengapa dia berpakaian begitu telah dijawab dan meminta Zubir lain kali bertanya dan tidak sesuka hati membuat andaian sendiri dan sesuka hati menulis di dalam paper.
Ikuti video berikut:

KEEKSSIP : kenapa hadiri majlis perkahwinan Anak Rosyam nor berseluar Pendek and kemeja!
“Suka-suka je kau kata aku tak ada sivik. Hei, tak faham la aku, macam ini ke wartawan Malaysia bekerja? Zubir, kau dengar cerita ini ya. Aku dibesarkan olah mak bapa aku untuk menepati janji. Tak sesekali aku akan memungkiri janji.
Aku dah janji dengan Rosyam Nor yang aku akan pergi, jadi yang salah adalah PA (pembantu peribadi) aku. Dia cakap dengan aku majlis hari Ahad. Tapi tup-tup aku tengah shooting dekat rumah adik Aqasha, orang hantar mesej tanya aku datang ke tak?
Bila dapat mesej, aku terus tanya PA aku, dan dia cakap memang salah. Majlis rupanya hari Sabtu. Jadi, aku terus lari masuk kereta dan tanya ada baju tak? Mana sempat lagi nak beli sebab dah pukul 8.30. Nasib baiklah dalam kereta tu ada seluar panjang dan kemeja. Kalau tak, dengan T-shirt je aku pergi.”

PART 2 KEEKSSIP : kenapa hadiri majlis perkahwinan Anak Rosyam nor berseluar Pendek and kemeja!

PART 3 KEEKSSIP : kenapa hadiri majlis perkahwinan Anak Rosyam nor berseluar Pendek and kemeja!
Itulah ceritanya, kenapa aku pergi dengan pakaian macam itu. Bukan sengaja. Kau ingat aku tak reti baca benda tu suruh pakai pakaian tradisional? Aku pergi tu aku sebenarnya malu, tapi tak pelah aku lebih rela tanggung malu daripada memungkiri janji.
OHARTIS: HAIZZZ!


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story