Kami Tak Boleh Bocor Maklumat Kesnya – JAIS

Shahrizal Jaszle

Berikutan kenyataan pelakon, Mohd Shahrizal Jaszle mendakwa bahawa dirinya diperangkap dalam kejadian tangkap khalwat dua minggu lalu, GUA cuba menghubungi pelakon drama bersiri ‘Asmara’ ini bagi mengetahui lebih lanjut mengenai perkara tersebut.
Walau bagaimanapun, setelah beberapa kali cuba dihubungi, Shahrizal atau lebih dikenali dengan panggilan Shah Jaszle masih tidak menjawab panggilan daripada GUA.
Menurut laporan sebuah portal hiburan, Shahz memberitahu dia sangat yakin dirinya tidak bersalah dan mengakui diperangkap oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana dia tidak berdua-duaan ketika pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan serbuan, sebaliknya terdapat lima lagi orang lain dalam kejadian jam 3.30 pagi di Apartment Taman Sri Subang itu.
GUA cuba mendapatkan komen dari pihak JAIS bagi mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan kes tersebut namun menurut Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nurhamizah Othman ketika dihubungi sebentar tadi memberitahu pihaknya masih tidak boleh memberi sebarang kenyataan kerana kes ini masih lagi dalam siasatan.
“Minta maaf, saya tidak berani untuk memberi sebarang komen mengenai perkara ini. Lebih afdal Pengarah yang memberi kenyataan, namun beliau mempunyai urusan lain sekarang. Apa yang boleh saya katakan, benda ini masih dalam siasatan, jadi kami tak boleh nak bocor sebarang maklumat.
Sudah menjadi prosedur apabila perkara yang melibatkan siasatan, kami tidak boleh dedahkan apa-apa lagi sehingga siasatan dilakukan selesai,” ujarnya kepada GUA.
Shah Jaszle ditahan selepas Bahagian Penguatkuasaan JAIS menerima aduan daripada orang awam berhubung kegiatan itu dan penahanan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 di mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Sumber: Gua.com.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story