Anak Dirogol Depan Ibu - “Kami diseret 10 meter ke ladang sawit di belakang rumah sebelum anak perempuan bongsu saya dirogol seorang daripada penjenayah berkenaan,” kata seorang wanita dikenali sebagai Mah berusia 50-an.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, dua beranak itu turut dirompak dua penjenayah yang menceroboh rumah mereka di sebuah kampung di Batu Pahat.
Menceritakan kejadian itu, Mah berkata, mereka sedang tidur di ruang tamu rumah pusaka keluarga sebelum dikejutkan dengan kehadiran dua lelaki yang menutup muka dengan kain.
“Penjenayah yang bersenjatakan parang dan pisau itu memaksa kami mengambil barangan berharga selain berdiam diri jika tidak mahu leher dikelar. “Mereka mengugut anak perempuan supaya menyerahkan wang dan barangan berharga atau disembelih sebelum anak menyerahkan wang simpanannya RM200,” katanya ketika.
Dua supek sudah dikenal pasti Satu pasukan khas sudah ditubuhkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di sini, bagi memburu dua suspek kes rogol dan rompak di sebuah kampung di sekitar Parit Raja itu.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, setakat ini pihaknya masih belum membuat sebarang tangkapan.
“Bagaimanapun, kami sudah mengenal pasti identiti kedua-dua suspek yang juga warga tempatan. “Kami sudah merekodkan keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan dan yakin suspek dapat ditahan dalam masa terdekat. “Kami berjanji menahan suspek secepat mungkin dan dihadapkan ke muka pengadilan bagi memberi keadilan terhadap mangsa,”katanya.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa yang berusia 20-an dan ibunya dikenali sebagai Mah, 50-an dikejutkan dari tidur dengan kehadiran dua lelaki.
Mah dan mangsa tidur di ruang tamu rumah sebelum kedua-dua mereka diseret ke ladang sawit di belakang rumah berkenaan sebelum seorang daripada penjenayah yang menutup muka dengan kain merogol mangsa. – Webberita | Terkini
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment