Walaupun Hari Ibu sudah dua minggu berlalu, namun Primadona Filem Melayu, Erra Fazira nyata terharu dengan usaha puteri tunggalnya, Engku Aleesya, 4, yang menghadiahkannya bantal berbentuk hati beserta kad ucapan yang dibuatnya sendiri.
“Sebagai anak, saya sering meraikan ibu saya, Azizah Zaik ketika Hari Ibu. Kini, anak saya pula yang meraikan saya di mana ini merupakan kali pertama dia mengenali apa itu Hari Ibu. Saya rasa terharu kerana buat pertama kali, Aleesya memberi ucapan buat kepada saya. Lebih bermakna, Aleesya turut menghadiahkan saya sebuah bantal berbentuk hati dan buat kad Hari Ibu kepada saya,” katanya kepada portal Gua.com.my.
Erra juga sempat berkongsi cerita mengenai persamaan yang terdapat dalam diri anaknya itu dengan dirinya sendiri.
“Aleesya miliki ciri-ciri saya iaitu seorang yang pemalu. Cikgu di sekolah beritahu kepada saya yang Aleesya sangat malu dengan lelaki. Selain itu, saya juga dapat nampak minat dia dalam lakonan. Aleesya suka cakap seorang diri dan sering membawa pelbagai watak,” kata Erra lagi.
Semoga Aleesya yang persis Suri Cruise ini membesar dengan sihat dan bijak serta menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapanya kelak.
Oleh: AUDREY LEE
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment