C Ronaldo Mahu Spekulasi Pemindahan Dihentikan


BINTANG bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo menolak sebarang spekulasi berhubung masa depannya dan ingin memberi perhatian terhadap Real Madrid.
Ketegasan pemain Portugal itu hadir selepas dia dilapor akan kembali ke Manchester United lebih awal daripada tempoh yang didakwa sebelum ini iaitu musim depan.
United merupakan pasukan paling terdesak untuk mendapatkan khidmat Ronaldo ketika ini walaupun Chelsea turut tidak mahu melepaskan peluang.
Bayern Munich dan Paris Saint-Germain (PSG) juga dilapor sedang mengintai perkembangan semasa Ronaldo.
"Ia (pemindahan) tidak penting, apa yang penting ialah Madrid. Saya ingin membantu Madrid. Saya tidak nampak kepentingan untuk berfikir sesuatu diluar kelab.
"Semua ini (pemindahan) merupakan spekulasi, bercakap mengenai masa depan...masa depan saya adalah Madrid. Saya gembira di sini," katanya. -mstar

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story