Najib Tun Razak ketika mengadakan sidang media bersama wartawan Malaysia selepas mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Ukraine, Arseniy Yatsenyuk di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Khamis.
NEW YORK: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor adalah cemerlang dan menunjukkan rakyat menerima dasar-dasa rkerajaan.
Perdana Menteri berkata BN berupaya meingkatkan majoritinya hampir 900 undi. Ia juga menunjukkan usaha jentera BN berjalan lancar dan keputusan memilih calon nampak serasi dengan pengundi tempatan.
“Kemenangan diduga tetapi majoriti tidak (pasti)… sebab faktor-faktor tidak begitu jelas tapi kemenangan cemerlang sekali sebab kita hadapi calon PAS dan bukan PKR. Ramai kata calon PAS lebih kuat daripada PKR,” katanya kepada media Malaysia, Khamis.
Mengenai calon BN Mat Razi Mat Ail, Najib berkata: “Calon tak ada masalah, tak ada masalah peribadi, bersih, ada watak agama, tidak menonjol dan merendah diri”.
Najib berkata kemenangan itu akan dijadikan asas untuk memantapkan lagi jentera Umno dan BN.
Katanya, beliau sudah menghubungi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Mat Razi bagi menyampaikan ucapan penghargaan kepada mereka dan jentera pilihan raya parti.
Najib berkata beliau akan bertemu dengan Mat Razi sekembalinya ke tanah air kelak.
Perdana Menteri berada di negara ini bagi menghadiri Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta lawatan kerja bermula 20 hingga 28 September. -mstar
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment