VIDEO: iPhone 6 Milik Pembeli Pertama Australia Jatuh Terhempas


BAYANGKAN betapa bangganya menjadi orang pertama dalam negara anda yang membeli telefon pintar kegilaan ramai, iPhone 6.
Mungkin itulah yang dirasakan oleh lelaki Australia bernama Jack ini sehinggalah telefon tersebut jatuh ke lantai konkrit sewaktu sedang ditemubual secara langsung oleh seorang wartawan stesen TV.
VIDEO: iPhone 6 Milik Pembeli Pertama Australia Jatuh Terhempas
Ia berlaku ketika dia sedang berusaha untuk membuka kotak iPhone 6 tersebut.
Reaksi terkejut jelas terlihat di wajah wartawan itu dan juga orang ramai yang berada berhampiran.
Mujurlah telefon tersebut tidak mengalami sebarang kerosakan.
Kalau rosak, memang kecewa sungguhlah Jack kerana kami yakin dia sudah beratur begitu lama untuk menjadi orang pertama yang membeli iPhone 6 tersebut.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story