Harimau Malaya Patut Menang Kerana Lawan Kemboja: TMJ

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjangkakan pasukan negara akan menang mudah ke atas pasukan Kemboja dalam satu perlawanan persahabatan malam ini.
Laman Facebook Johor Southern Tigers melaporkan baginda sebagai berkata, pasukan kebangsaan mampu memenangi perlawanan itu dengan syarat jurulatih Dollah Salleh menurunkan pemain yang benar-benar layak beraksi.
“Saya ramalkan pasukan kebangsaan mampu memenangi perlawanan tersebut. Kita tidak mahu melihat aksi longlai seperti perlawanan sebelum ini.
“Saya meramalkan kita akan menang dengan jumlah jaringan sekurang-kurangnya 3 gol memandangkan pasukan kebangsaan bermain di laman sendiri dan juga semua harus ingat satu perkara, pasukan Kemboja kini berada di kedudukan ranking 190 FIFA berbanding pasukan Malaysia yang berada di ranking 154,” kata baginda.
Mynewshub

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story