PENGGUNA MERUNGUT IPHONE 6 PLUS MUDAH BENGKOK


iPhone 6 Plus Bend Test
Imej iphone 6 Plus yang didakwa mudah bengkok
Beberapa pengguna iPhone 6 Plus merungut mendakwa bahawa peranti milik mereka itu telah bengkok, hanya beberapa hari sejak produk terbaharu keluaran Apple itu dilancarkan di pasaran.

Menurut laporan MacRumors, iPhone 6 Plus milik beberapa pengguna bengkok selepas diletakkan di dalam poket seluar mereka.

Salah seorang daripada pengguna telefon bimbit itu berkata ia bengkok selepas beliau membawa telefon itu seharian di dalam poketnya.


“Saya meninggalkan rumah pada pukul 10 pagi dengan iPhone saya di poket depan seluar sebelah kiri.

“Saya memandu empat jam ke sebuah majlis perkahwinan, di mana saya duduk lama dan menari untuk dua ke tiga jam. Saya kemudiannya meninggalkan majlis itu pada pukul 2 petang dan memandu pulang selama empat jam lagi.

“Secara keseluruhan, iPhone 6 Plus itu berada selama 18 jam di dalam poket saya, di mana dalam tempoh itu kebanyakkan masa saya habiskan dengan duduk.

“Semasa saya meletakkannya di atas meja, saya terlihat imbasan iPhone itu di cermin yang ia (kelihatan) sedikit bengkok,” kata pengguna itu.

Laporan itu turut berkata untuk mengelakkan peralatan itu daripada bengkok, pengguna digalakkan mengeluarkannya dari poket sebelum duduk atau membongkok.
-tabekpuang
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story