SEMPENA Bulan Kesedaran Kanser Payudara, 10 lelaki di Hunan, China memilih untuk memakai baju dalam yang diisi dengan roti dan kapas di sebuah hospital.
Mereka turut melakukan tiga aktiviti yang kerap dilakukan oleh wanita iaitu mengangkat baldi air, lompat tali dan menyapu lantai.
Ia merupakan percubaan mereka untuk merasai betapa sukarnya kehidupan pesakit kanser wanita yang telah menjalani pembedahan membuang payudara dan terpaksa memakai payudara tiruan.
“Ia agak berat. Menjadi seorang wanita memang sukar, terutamanya selepas pembedahan membuang payudara,” kata salah seorang peserta yang dikenali sebagai Song.
Acara tersebut turut diadakan bagi memberi pengetahuan mengenai rawatan pembentukan semulapayudara pesakit kanser.
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment