Senarai Exco Selangor Baharu Diumum Esok - Azmin


Azmin Ali.
SHAH ALAM: 10 nama barisan Exco Selangor yang baharu hanya akan diumumkan pada Jumaat, kata Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali pada Khamis.
Azmin ketika ditemui di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini berkata, beliau akan bertemu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mempersembahkan nama-nama tersebut.
"Kami ada semua calon. Biar saya berbincang dengan Tuanku pada hari ini," kata Azmin.
Jelas beliau, tiada sidang media untuk mengumumkan barisan exco yang baharu itu.
Sementara itu, sumber berkata jawatan Speaker akan diberikan kepada PAS sekiranya parti tersebut menggorbankan satu daripada empat kerusi exco milik mereka.

Timbul spekulasi bahawa PAS diminta untuk menyerahkan satu kerusi exco milik parti itu.

Menurut sumber Pakatan Rakyat, ini adalah formula yang dibincangkan dan dipersetujui pada 2008 apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS membentuk kerajaan di negeri Selangor. -mstar

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story