Emma Maembong Jawab Tuntut Bayaran Tak Masuk Akal

Emma nafi sudah mula meletakkan harga tinggi.

PETALING JAYA: Pelakon Emma Maembong terkejut apabila dikatakan mula berubah sikap apabila meletakkan harga tinggi bagi sebuah tawaran telefilem sehingga mencecah lebih RM10,000 untuk tiga hari penggambaran.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 22, berkata, sehingga kini dia tidak pernah meletakkan harga tetap kepada mana-mana produksi sebaliknya masih lagi boleh berunding mengikut bajet sesebuah syarikat penerbitan itu.

"Terkejut dibuatnya apabila saya dikatakan sudah demand. Sedangkan saya seorang yang senang berunding mengikut bajet produksi.

"Lagipun urusan jadual dan penetapan harga dibuat oleh pengurus, bukannya saya," katanya yang dihubungi mStar Online.

Akhbar mingguan pada Ahad menerusi ruangan pojok melaporkan Emma telah meletakkan harga yang tidak masuk akal sehingga mencecah lebih RM10,000 kepada sebuah syarikat produksi yang ingin menawarkannya berlakon sebuah telefilem.

Menurut laporan itu, permintaan Emma membuatkan kru produksi tersebut terpaksa mencari pelakon lain kerana tawaran yang diberikan itu sekadar watak sampingan selain tempoh penggambaran hanya mengambil masa beberapa hari sahaja.
Emma Maembong

Sementara itu, Emma mengakui terdapat sebuah produksi telah menghubungi dia menawarkannya watak sampingan di mana penggambaran hanya mengambil masa dua hingga tiga hari.

"Memandangkan saya tidak pernah mengambil tawaran tempoh penggambaran jangka pendek, saya berkata pada kru yang menghubungi saya itu bahawa biasanya saya meletakkan harga RM10,000, untuk watak utama yang mengambil masa penggambaran selama seminggu. Itu pun terpulang pada bajet produksi.

"Saya bertanya kepada kru tersebut berapa mereka boleh bayar kerana saya memang tidak tahu nak letak harga. Kemudian dia cakap, tunggu skrip dah siap, dia akan hubungi saya semula.

"Agak lama juga saya menunggu panggilan dia, dan saya anggap mungkin mereka sudah mencari orang lain. Tidak lama kemudian saya mendapat tawaran lain. Dan selepas itu kru tersebut menghubungi saya semula, tetapi sudah terlambat kerana jadual saya sudah penuh dengan tawaran baru itu.

"Sekiranya tuduhan yang dimaksudkan itu datang daripada produksi sama, saya rasa tidak patut mereka menyebarkan perkara itu kerana nak diikutkan, daripada awal lagi, saya tanya berapa bajet mereka? Saya pun tidak pernah berkira dengan mana-mana produksi pun," ujarnya. -mstar

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story