Polis Buru Dua 'Ninja' Kes Rompakan Di Sebuah Banglo


Dua perompak yang berpakaian ninja dirakam CCTV awal pagi Khamis.

KAJANG: Polis kini memburu dua orang 'ninja' yang melakukan rompakan di sebuah rumah pasangan warga emas di Country Heights Resort, awal pagi Khamis.

Berdasarkan kamera litar tertutup (CCTV), kedua-dua suspek itu yang dipercayai warga Indonesia memakai pakaian seperti ninja memecah masuk banglo itu di antara pukul 5.45 pagi sehingga 6 pagi ini.

Perakam CCTV itu juga menunjukkan mereka berlegar-legar di dalam banglo itu secara perlahan-lahan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kedua-dua lelaki itu menyelinap masuk melalui tingkap di tingkat satu rumah itu.

"Mereka menggunakan tangga untuk memanjat tingkap, dan tangga tersebut ditinggalkan selepas merompak.

"Mereka juga mengetuk bilik tidur pasangan itu dan mengacukan parang ke arah mangsa yang masih berada dalam kebingungan.

"Suspek mengikat kedua-dua mangsa dengan baju sebelum menyelongkar barang-barang milik mangsa," jelasnya.

Ab Rashid berkata, jumlah kerugian sebanyak RM100,000 hasil daripada rompakan wang tunai dan barang-barang bernilai.

"Pasangan tersebut yang berusia 60-an menghubungi polis lebih kurang 6.15 pagi selepas berjaya melepaskan diri.

"Mereka tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya sambil menambah mangsa adalah pemilik sebuah perniagaan.

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan bersenjata.-mstar

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story