Ia adalah tipikal anak Jepun yang sangat dimanjakan secara material. "Namun ada yanghilang saat itu, yakni komunikasi anak dengan orang tua di dalam keluarga," ungkapnya.Padahal, ia telah melewati masa kecil yang gembira kerana dipenuhi segala keperluannya.Semasa menginjak masa remaja, Chika bersekolah di sekolah di sukainya. Tapi ia tetapmerasa ada yang hilang, iaitu passion-nya. "Saya tidak tahu apa yang hilang ketika itu,"hatinya bertanya-tanya.
Apabila usia meningkat 16 tahun, Chika meninggalkan rumah, pergi ke UK. Ia cuba hidupberdikari, mencari nafkah; untuk makan, membayar bil-bil dan bayaran sekolah bahasaInggeris. Perasaannya begitu dicabar. Semuanya baru; orang baru, persekitaran baru,bahasa baru. Ia merasa bersemangat. Namun demikian, ia mengakui "hidup di UK terlaluberat dan mahal, maka saya putuskan untuk kembali ke Jepun 2 tahun kemudian."
Saat berjumpa dengan Chika, orang tuanya terkejut. Caranya berpakaian telah berubah.Ia sangat kebaratan. Pakaiannya ketat dan memakai skirt mini. Kerana merasa tidaksesuai tinggal di pinggir bandar, ia lalu pindah lagi ke Tokyo selama 2 tahun. Tokyo adalahbandar besar yang sangat materialistik. Segalanya serba canggih. Di sana, Chikaberjumpa dengan seorang rakan wanita yang mengajarnya memandu motor. Saat itulah,ia merasa menjadi wanita bebas.
Di atas motor, ia melihat sebuah papan iklan. Di bawah lampu merah itu ada gambarwanita peninju. Sejak saat itu ia berfikir, "Aha, inilah passion-ku!" Chika bertekad menjadipeninju. Pada masa itu tahun 1999 Ia berangkat ke Amerika, mengejar mimpi sebagaiseorang peninju profesional.
Menurut doktor, itu adalah kecederaan yang serius. Katanya ia perlu beralih profesi.Sebagai atlit, kecederaan adalah perkara yang menakutkan. Ia terancam kehilanganimpiannya sebagai peninju wanita profesional. Chika merasakan ketakutan dan tersedarbahawa usianya semakin pendek. Tapi ia berkeras harus bertahan dan harus kembali.Maka ia ikuti proses pemulihan dan kembali ke ring. Secara emosional Chika merasagelisah. "Saya bertanya-tanya apakah tujuan hidup ini. Saat itu kali pertama hidup sayamerasa terhenti sejenak.
Saya tidak boleh berlari, tidak boleh berjalan, tidak punya keluarga, dan tak punya tujuanhidup. "Dia mempersoalkan kembali apa yang telah dialami. Mengapa harusmeninggalkan Jepun? Mengapa mahu menjadi peninju wanita profesional? Chika bangkitkembali dan mengaku dibisiki hawa nafsu bahawa, "Inilah tujuan hidupku. Passion-kuadalah tinju. Segalanya telah ku korbankan demi bertinju. Aku boleh bertahan demikerjaya sebagai wanita peninju. Aku boleh membantu orang lain dengan berkongsipengalaman tentang perjalanan hidupku menuju profesion sebagai peninju.
"Seolah benar, Chika mencari sebuah pola hidup manusia, bahawa hidup ini pastimendapati masalah, lalu berjaya melaluinya, lalu timbul lagi masalah, dan kita lewati lagi,demikian seterusnya . Maka ia pikir pasti boleh selamat melaluinya. Ia pun tak menurutinasihat doktor. Mulanya Chika mendapatkan "keajaiban" bertubi-tubi. Ia mendapatkansponsor dan pindah ke Kalifornia untuk berlatih demi kejohanan. Di sana ia mendapatkanjurulatih yang hebat. Saat itu ia merasa begitu kuat, sihat dan dimudahkan.
Malangnya, lagi-lagi ia masih belum mendapat jawaban atas kekosongan jiwa itu. "Inipasti bukan jalan yang benar," ujarnya. Lalu Chika mencari jawapannya dengan membacabuku biografi orang-orang yang berjaya dalam pelbagai bidang; ekonomi, politik,perniagaan dan agama. Ia tetap tidak mendapat jawaban. Sampai suatu ketika, Chikaberjumpa dengan seorang bekas peninju kelas dunia. Ia seorang muslim. Ia berbincangdengannya. Ia sangat mudah, rendah hati, ramah, dan baik sekali. Inilah yang telah Chikatinggalkan dan hilang dari masyarakat London dan di Jepun. "Tidak perlu ilmu akademikyang banyak dan kemahiran yang tinggi untuk memperoleh ketenangan. Saya juga bolehmendapatkannya sambil fokus pada tinju, "Fikirnya. Lantas, tiba-tiba takdirnya berubah.
Kerjayanya terhenti tanpa sponsor, selepas cuba peruntungan di New York selama 4bulan. Kekasihnya pergi dan ia tak punya siapa-siapa lagi. Ia putus asa dan menghentikansemuanya. Qodarullah, Allah pertemukan Chika dengan seorang rakan wanita asalPerancis, dia seorang Kristian. Dia mengatakan ada satu potong puzzle yang hilang padadirinya. Itulah sang pencipta. Dia bertanya apakah Chika tahu tentang pencipta. "Tentuaku tak tahu apa-apa tentang pencipta," jawabnya. Maka Chika ikuti cadangan rakannyauntuk mempelajari agama-agama. Beliau pergi tempat ibadah hindu, gereja, budha, danmasjid.
Di masjid, Chika mengenang saat-saat menjemput hidayah-Nya, "Saya bersujud,menangis. Hati dan jiwa ini berbisik; butuh banyak masa untuk saya menempuh perjalanhidayah ini. Saya kembali kepada Allah. Segera saya ingin menjadi muslim. Pada hariJumaat, beberapa tahun yang lalu, saya tinggalkan tinju, cinta dan rancangan inginberkahwin cepat. Saya mengucap syahadah. "" Tentu saya sedih. Memang sukarmeninggalkan passion-mu.
Tetapi, kini saya mempunyai misi baru, yakni membela Islam, berdakwah di negara sayadan dunia. Inilah jalan yang benar, "pengakuan Chika. Alhamdulillah, kini Chikamerasakan kedamaian jiwa selepas berislam dan mengaku telah bahagia menjadiseorang muslimah. Ia menyedari bahawa akan ada cabaran lebih dalam berdakwah, lebihletih daripada bertinju. Namun hal itu tak menyurutkan tekad Chika gunamendedikasikan seluruh hidupnya untuk Islam. Saat ini ia serahkan seluruh potensinyauntuk Islam, dengan misi hidup yang baru, yakni jihad fiisabilillah.
-tabekpuang
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment