Tandas Awam Malaysia Kotor – CAP

Tandas Awam Malaysia Kotor

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa tahap kebersihan tandas awam di negara ini masih berada pada tahap kurang memuaskan.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, masih banyak tandas awam didapati tersumbat, pam tidak berfungsi, lantai pecah dan berlumut serta sinki tersumbat.
“Keadaan ini sekadar menunjukkan sikap segelintir rakyat Malaysia yang masih tidak mengambil berat akan soal kebersihan.
“Perbuatan seperti membiarkan tandas dalam keadaan kotor, tidak dipam selepas digunakan dan membuang puntung rokok merata-rata dalam tandas juga menyebabkan keadaan tandas awam menjadi begitu kotor,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
S.M. Mohamed berkata, situasi tandas awam jadi lebih `menyakitkan mata’ apabila terdapat pelbagai contengan, tulisan serta lukisan ditulis dan dilukis pada dinding tandas awam oleh pengguna tidak bertanggungjawab.
Lebih teruk apabila keadaan itu turut didapati berlaku di tandas yang disediakan di tempat ibadat seperti surau, masjid dan tempat ibadat agama lain, katanya.
Justeru, beliau meminta semua pihak mempunyai sikap bertanggungjawab bagi memastikan kemudahan tandas awam berada dalam keadaan baik dan memuaskan.
Dalam pada itu, pihak bertanggungjawab juga diminta memikirkan semula penggunaan lantai tandas menggunakan jubin berkilat yang menjadi licin apabila basah.
Jelas beliau, lantai yang licin boleh merbahayakan keselamatan pengguna akibat tergelincir.
Tambah beliau, pembaziran air perlu dielakkan dan penggunaan air secara berhati-hati dapat mengelak ia daripada melimpah dan menyebabkan lantai menjadi licin. – mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Naza Kia Lancar Rio Terbaru 30 Januari

Naza Kia Lancar Rio

KUALA LUMPUR – Pengedar rasmi kenderaan Kia Motors di Malaysia, Naza Kia Malaysia Sdn. Bhd. (Naza Kia) akan melancarkan kereta segmen B terbaru, Rio pada 30 Januari ini.
Naza Kia memberitahu, Rio baharu itu antara model popular Kia di pasaran antarabangsa dan kemasukannya ke pasaran tempatan dijangka memberi impak positif kepada Naza Kia.
“Tahun 2012 amat baik buat Kia di Malaysia dengan peningkatan jualan sebanyak 13 peratus iaitu 12,309 unit.
“Kami menjangkakan kadar jualan Kia di Malaysia akan berkembang dengan sebahagiannya disumbang oleh Rio baharu ini,” kata Naza Kia melalui satu kenyataan hari ini.
Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Hafiz Syed Abu Bakar dalam kenyataan sama berkata, sebanyak 466,826 unit Rio baharu dijual di pasaran antarabangsa dan pihaknya berkeyakinan kejayaan serupa dapat dicatat di Malaysia.
Menurutnya, jualan Rio baharu disasarkan kepada pengguna bawah 35 tahun yang mencari kenderaan gaya hidup muda dan bergaya tetapi tidak berkompromi terhadap penjimatan minyak dan keselamatan. – mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Stesen Caltex Sediakan Minuman Percuma

Stesen Minyak Caltex

KUALA LUMPUR – Stesen minyak Caltex akan menyediakan minuman Nescafe UHT percuma kepada orang ramai bersempena sambutan Maulidur Rasul dan Thaipusam pada tahun ini.
Caltex melalui satu kenyataan media memberitahu, langkah itu bertujuan menggalakkan orang ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung pada sambutan tersebut untuk berehat seketika semasa dalam perjalanan.
“Pemberian kopi percuma ini sebagai usaha memastikan pengguna kenderaan berada dalam keadaan segar semasa memandu dan tiba ke kampung dengan selamat,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, minuman Nescafe UHT percuma itu diberi bermula pukul 12 tengahari hingga 8 malam di beberapa stesen Caltex terpilih bermula 26 hingga 27 Januari dan 2 hingga 3 Februari 2013.
Minuman percuma itu disediakan di Hentian Rehat Gurun dan Bukit Gantang Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), Hentian Rehat USJ Lebuhraya Elite, Hentian Rehat Lebuhraya Damansara-Puchong, Lebuhraya Simpang Empat, Lebuhraya Persisiran Pantai, Taman Sejati Indah, Sungai Petani, Kedah dan Taman Kinrara, Puchong.
Justeru, Caltex menasihatkan pemandu supaya memandu dengan berhati-hati dan mengambil rehat yang secukupnya serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan. – mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

MASkargo Sumbang 300 Selimut Untuk Rakyat Syria

MASkargo

KUALA LUMPUR – Anak syarikat milik penuh Malaysian Airline System Bhd. (MAS) , MASkargo Sdn. Bhd. (MASkargo) menyumbang sebanyak 300 helai selimut kepada rakyat Syria.
MASkargo melalui satu kenyataan memberitahu, sumbangan melalui Persatuan Muslim Care–Syria itu bertujuan membantu rakyat negara tersebut mengharungi musim sejuk di negara berkenaan.
“Sumbangan yang dilaksanakan oleh Pasukan Respons Kecemasan (ERT) MASkargo ini sebagai keprihatinan kami terhadap mereka yang memerlukan,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, sumbangan berkenaan juga sebahagian usaha berterusan MASkargo untuk bekerjasama dengan masyarakat menyokong pembangunan budaya, pendidikan dan kedudukan sosio-ekonomi dunia.
Jelas kenyataan itu, bantuan selimut itu dianggap bermakna kepada rakyat Syria yang kini berhadapan situasi perang dan selimut dapat membantu mereka menghadapi musim sejuk. – mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Dynas Mokhtar Masih Lagi Mahu Berlakon

Dynas Mokhtar

KUALA LUMPUR – Pelakon wanita dan ahli perniagaan, Dynas Mokthar memberitahu dia masih lagi mahu berlakon walaupun wajahnya tidak lagi menghiasai drama-drama tempatan atau filem yang ada.
Kata Dynas, orang ramai menganggap dia sudah tidak berminat lagi untuk berlakon kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian dalam menjaga keluarga dan juga menguruskan perniagaannya.
Pengasas kepada Dynas Nursing Attire (DNA) itu berkata, minatnya untuk berlakon tidak pernah pudar.
Justeru, dia tidak akan sekali-kali melupakan bidang lakonan yang amat disukainya.
“Siapa kata saya tak berlakon? Saya masih lagi aktif berlakon, cuma saya kurang muncul di kaca televisyen kerana sibuk menguruskan hal-hal berkaitan dengan butik dan juga keluarga.
“Memang saya kurang berlakon tetapi itu bukanlah bermakna saya terus senyap dan tidak aktif dalam dunia lakonan,” kata Dynas yang dipetik dari portal Gua.com.
Setelah timbulnya cakap-cakap orang mengatakan dia tidak mahu berlakon lagi, Dynas memberitahu dia ketika ini sedang sibuk dengan pengambaran slot Samarinda yang akan datang.
Dalam Samarinda itu, Dynas akan bergandingan dengan Datuk Eizlan Yusof dan Anzalna.
“Buat pengetahuan semua, saya akan memasuki set penggambaran untuk slot Samarinda pada minggu hadapan. Drama berjudul ‘Bangkitnya Seorang Perempuan’ itu mengisahkan kehidupan seorang wanita yang berjaya dan suka menolong orang lain.
“Dalam masa yang sama, dia mempunyai suami yang liar dan konflik berlaku apabila suaminya mula tidak pulang ke rumah. Saya akan berlakon bersama-sama dengan Dato’ Eizlan Yusof, dan Anzalna,” terang Dynas.
Untuk rekod, Dynas telah pun membuka cawangan lain butik DNAnya.
Ia telah dibuka di Setia City Mall, Dataran Pahlawan Melaka dan Publika.
Oleh: NAIMAH SHAARI


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Sehangat Asmara Tandingi Adam & Hawa?

Sehangat Asmara

Drama bersiri Sehangat Asmara yang ditayangkan setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam di Astro Mustika HD (Saluran 134) bermula semalam menyaksikan dua pelakon berbakat ini digandingkan sebagai kekasih buat kali pertama.
Drama Sehangat Asmara adalah adaptasi dari novel hasil nukilan Aisya Sofea ini dilakonan oleh aktor kacak, Adi Putra dan juga Rita Rudaini.
Difahamkan, drama ini dijangka mampu mencetus fenomena sebagaimana Adam & Hawa lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa tahun lalu.
Menerusi Harian Metro, Adi berkata, selepas mula ditayangkan semalam, masih terlalu awal baginya untuk menilai reaksi penonton.
“Secara jujurnya, susah hendak jangka lagi. Sehangat Asmara sudah lama menjadi fenomena dan mempunyai pengikut yang ramai dari zaman terbitan novelnya.
“Aisya juga adalah penulis novel Adam & Hawa. Bahkan pengarah dan produksi yang menerbitkan Sehangat Asmara jugalah yang menerbitkan Adam & Hawa iaitu Mohd Feroz Kadir dan Global Station. Jadi saya tak bimbang sangat,” katanya.
Sehangat Asmara berkisar mengenai ranjau dalam hubungan dua darjat, Kamilia Najwa lakonan Rita Rudaini dan Zainal Arief (Adi Putra) yang berkahwin tanpa restu keluarga di Sydney, Australia.
Kebahagiaan mereka berakhir apabila Zainal terpaksa pulang ke tanah air dan berjanji untuk kembali semula ke pangkuan isterinya.
Turut menghangatkan siri ini adalah Shahrizal Jaszle, Fureena Ezlin, Izreen Azminda, Hafizuddin Fadzil dan Dian P Ramlee.
Tayangannya bermula semalam setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam di Astro Mustika HD (saluran 134).
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Gambar: Kanak-Kanak Serupa Dengan Artis

Kanak-Kanak Serupa Dengan Artis

Orang kata, kalau kita obses kepada seseorang artis, kita sanggup meniru gaya dan perbuataan artis itu.
Berbeza bagi seorang juru foto, Tricia Messeroux yang berasal dari New York, Amerika Syarikat.
Tricia telah menghasilkan satu projek anjuran ToddleWood di mana sesi fotografi kanak-kanak yang menyerupai dengan artis-artis Hollywood.
Mereka meniru gaya dan pakaian yang dipakai oleh para artis sewaktu hadir ke Golden Globe Award 2012.
Layan!
 1
2
3
4
5
Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber: Kukukatablogspot.com


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Wanita Habiskan RM100 Ribu Untuk ‘Smurfs’!

Wanita

Kerana minatnya yang mendalam dan merasakan patung The Smurfs mampu memberikan kebahagian dalam hidupnya, Karen Bell, 37, sanggup menghabiskan duit sebanyak RM100,000 sepanjang 30 tahun untuk membeli koleksi patung biru itu.
Wanita yang berasal dari Ayrshire, Scotland mempunyai minat mengumpul The Smurfs sejak berusia enam tahun lagi.
Setiap kali ada koleksi terbaru patung biru itu, dia pastinya akan membeli walaupun menggunakan wang simpanannya.
Bukan itu sahaja, Karen sanggup menyimpan wang dengan banyak asalkan dia dapat membeli patung-patung kesukaannya itu.
“Saya hanya budak kecil yang mula mengumpul Smurfs dengan rakan baik saya. Tetapi, dia berhenti dari mengumpul patung-patung biru itu selepas umur semakin meningkat.
“Tetapi tidak bagi saya. Dan sekarang, selama 30 tahun, saya masih mengumpul dan mempunyai satu bilik khas untuk ‘mereka’ dalam rumah saya,” kata Karen.
Minat dan ketaksuban Karen itu tidak dapar disangkalkan oleh sesiapa sahaja.
Suaminya, Brian, 36, juga sudah tiada daya untuk menghalang minat isteri tercintanya itu.
Sebelum mereka berkahwin pada 17 tahun lalu, Brian langsung tidak perasan dengan minat dan perasaan obsesi Karen terhadap Smurfs.
Hanya selepas mereka berpindah ke rumah sendiri barulah Brian perasaan minat terlampau yang ada dalam diri Karen.
“Sewaktu kami bercinta di universiti pada 17 tahun yang lalu, saya tidak tahu betapa dia menyayangi Smurfs. Sampailah ketika saya pulang ke rumah, satu beg dia penuh dengan patung biru.
“Pada mulanya, saya fikirkan dia hanya membazir sahaja. Tetapi, melihatkan dia gembira, saya gembira dan tidak menjadi masalah buat diri saya,” kata Brian.
Kini, Karen sudah pun mempunyai koleksi hampir 5,000 jenis barangan The Smurfs.
Antaranya seperti patung, buku, barangan tanda, kad-kad, alat tulisa dan bermacam lagi.
Wanita1
Wanita2
q
w

Smurf Collector
Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber: Dailymail.co.uk


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Kursus Bodyguard Wanita Di China. Dasyat!

Kursus Bodyguard Wanita Di China. Dasyat!

Pernah dipaparkan satu artikel tentang beberapa orang graduan di negara China yang sanggup menjalani latihan untuk menjadi pengawal peribadi, akibat daripada lonjakan ekonomi di negara itu yang naik secara mendadak.
Dan ini, cerita yang sama, cuma daripada beberapa orang graduan yang lain pula.
Alkisahnya sesi latihan ini berlangsung di Beijing, membabitkan 20 orang yang terpilih antara ramai yang menghadiri temuduga.
Mereka perlu menahan pukulan botol kaca dan kayu, demi untuk lulus dalam ujian yang dijalankan.
Kursus ini berjalan selama 4 minggu, diselia oleh Pasukan Khas Tianjiao.
2
3
4
6
7
9
Sumber: Reuters.com


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Foto Anzalna Bersama Kekasih, Hanif Zaki

Anzalna

Baru saja pelakon, Anzalna Nasir memberitahu yang dia tidak mahu terlalu mendedahkan kekasihnya, Hanif Zaki kepada khalayak umum.
Tetapi di dalam laman Instagramnya ada pula beberapa keping foto kekasihnya itu.
Mungkin dia sudah berubah fikiran kot. Lihat gambar mereka ini.
Dikhabarkan baru-baru ini mereka ada menyambut ulangtahun di sebuah restoran terkemuka ibu kota.
Sama ada ulangtahun kelahiran Anzalna atau teman lelakinya tidak pasti pula.
Atau adakah ulangtahun percintaan mereka? Entah.
Apa-apa pun semoga mereka ini cepat ke jinjng pelamin hendaknya.
Foto Anzalna Bersama Kekasih, Hanif Zaki
2
3
4
5
6
7
Oleh: KASIH ISA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Bank Islam Buat Laporan Polis Terhadap Azrul Azwar

Azrul Azwar

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) membuat satu lagi laporan polis terhadap Ketua Pakar Ekonominya, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin yang digantung kerja sejak 14 Januari lalu.
Bank Islam melalui satu kenyataan media memberitahu, laporan polis kedua itu dibuat hari ini kerana pihak bank menemui satu lagi bukti baru Azrul Azwar melanggar polisi dalaman syarikat perbankan tersebut.
“Laporan polis tersebut dibuat sebagaimana yang telah dinyatakan dalam surat tunjuk sebab yang dihantar kepada Azrul Azwar pada 17 Januari lalu.
“Bank Islam sekali lagi menekankan bahawa tindakan penggantungan kerja tidak mempunyai kaitan dengan pembentangannya pada satu persidangan ekonomi di Singapura,” kata kenyataan itu hari ini.
Mynewshub.my sebelum ini melaporkan Bank Islam sebagai menjelaskan penggantungan tugas Azrul Azwar sebagai Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam disebabkan beliau melanggar polisi dalaman bank.
Menurut Bank Islam, tindakan penggantungan tiada kaitan dengan pandangan peribadi Azrul Azwar yang membuat kenyataan kontroversi di Singapura berhubung peluang Barisan Nasional (BN).
Azrul Azwar ketika menjadi panel dalam forum ekonomi antarabangsa di Singapura baru-baru ini dilaporkan membentangkan kajian yang mendakwa BN hanya akan menang tipis dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. – mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

BR1M Diteruskan Untuk Tempoh Masa Panjang

Muhyiddin

MELAKA – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bakal diteruskan bagi tempoh masa yang panjang sekiranya rakyat terus memberikan mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, bantuan yang dimulakan sejak tahun lalu dan akan diteruskan pada bulan depan itu memberikan impak besar dalam membantu meringankan beban lebih 4 juta isi rumah di seluruh negara.
“Saya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melihat ini (BR1M) sebagai satu perkara yang perlu diteruskan dan saya percaya apabila rakyat melihat ini satu pendekatan yang baik, mereka harapkan ia dapat dilaksanakan untuk tempoh masa yang panjang.
“Saya tidak jangka ia hanya dibuat untuk sekali atau dua kali, saya jangka ia akan dilaksanakan selama mana BN diberikan kepercayaan untuk menjadi kerajaan selepas PRU-13,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan rakyat 1Malaysia yang dihadiri kira-kira 10,000 penduduk sekitar Melaka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Haji Abdul Malik di sini, hari ini.
Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Muhyiddin berkata, bantuan RM500 yang diberikan pada masa ini kemungkinan akan dinaikkan sekiranya pendapatan negara meningkat pada masa depan.
Katanya, selain BR1M, bantuan lain seperti bantuan awal persekolahan kemungkinan akan diteruskan kerana memberi impak yang besar dalam membantu meringankan beban rakyat.
“Apa yang kita harapkan supaya rakyat menilai sumbangan ini dan kalau dianggap ia satu cara yang baik, kita harap mereka akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan BN,” katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya pada majlis itu, Muhyiddin menegaskan bahawa pakatan pembangkang tidak berupaya meneruskan usaha pembangunan negara yang dilaksanakan BN sejak 55 tahun lalu kerana tidak memiliki kesepakatan antara mereka.
“Isu demi isu, sampai ke hari ini PAS dan DAP masih bercakaran antara satu sama lain, PKR pula gagal membawa mereka semua duduk semeja berbincang masalah mereka, tiada kesepakatan ini akan sebabkan kerajaan menjadi lemah,” katanya.
Justeru Muhyiddin berkata, kejayaan BN memelihara ketenteraman dan keselamatan negara, membangunkan ekonomi dan memberi keselesaan kepada rakyat selama ini perlu dikekalkan dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
“Kerajaan yang kuat seperti kerajaan BN mampu melaksanakan janji yang kita buat, kita bertanggungjawab kepada masyarakat menjaga keselamatan di samping membangun ekonomi,” katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin mengumumkan peruntukan segera berjumlah RM250,000 bagi menaik taraf surau SMK Tun Haji Abdul Malik dan RM4.5 juta bagi pembinaan dewan sekolah itu yang akan dilaksanakan pada 2014. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Diddy Hirdy Peroleh CGPA 3.8. Tahniah!

Diddy Hirdy

KUALA LUMPUR – Walaupun sibuk dengan kerjaya dan urusan rumah tangga, bekas pelajar Akademi Fantasia, Diddy Hirdy berjaya mengekalkan keputusan cemerlang dengan gred purata kumulatif 3.8 ke atas sepanjang dia menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Suami dan bapa kepada seorang anak ini, berkata adalah menjadi kebanggaannya kerana sejak menjadi penuntut Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) secara sambilan kira-kira tiga tahun lalu, dia berjaya mengekalkan keputusan yang bagus.
“Saya tidak percaya dengan keupayaan diri saya kerana berjaya mendapat CGPA sedemikian sehingga diberikan Ikon Pembelajaran Sepanjang Hayat oleh Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya yang dipetik daripada mStar, di sini, hari ini.
Diddy berkata, walaupun sibuk dengan kerjayanya sebagai pelakon dan penyanyi, dia tetap menjadikan pelajaran sebagai tumpuan utama.
Walaupun kadangkala begitu penat kerana perlu melaksanakan banyak kerja dalam satu-satu masa, dia tetap tidak pernah putus asa.
Diddy atau nama sebenarnya Syamsul Hirdy Muhid, 28, bagaimanapun kesusahan yang dilaluinya ketika ini seharusnya menjadi pendorong kepada generasi muda serta artis-artis lain agar terus menuntut ilmu.
Ia termasuklah buat anaknya iaitu Nadra Aryssa Jauza yang kini berusia hampir dua tahun.
Dalam masa yang sama, isterinya iaitu Allen Nor Azah Musa, 28, turut memberi sokongan moral terhadap pencapaiannya dalam bidang pendidikan.
“Saya bertuah kerana isteri saya menjadi penyokong kuat terhadap kerjaya saya sebagai artis dan dalam masa yang sama mahu melihat saya berjaya dalam pelajaran.
“Malah saya mahu susah payah saya ini akan dapat dicontohi oleh anak saya apabila dia besar kelak,” katanya.
Sementara itu dalam perkembangan lain Diddy baru sahaja selesai menyiapkan lagu runut bunyi untuk filem Paku serta dalam proses menghasilkan single terbarunya.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Gangnam Style Raih Pendapatan AS$8 Juta

Gangnam Style Raih Pendapatan AS$8 Juta Untuk YouTube

SAN FRANCISCO – Google hari ini mengumumkan laman YouTube yang memaparkan video “Gangnam Style” nyanyian penyanyi rap Korea Selatan, Psy meraih lebih AS$8 juta menerusi pendapatan iklan.
Ketua Pegawai Perniagaan Google, Nikesh Arora mendedahkan angka itu ketika membincangkan potensi pendapatan YouTube untuk suku pertama tahun ini bersama penganalisis kewangan.
Pendapatan iklan dari video popular YouTube dikongsi bersama dengan pencipta kandungan video berkenaan.
Pada Disember, “Gangnam Style” menjadi video pertama yang mencecah satu bilion penonton di YouTube, meanadakan satu peristiwa bersejarah dalam dunia alam maya.
Berdasarkan rekod, video itu ditonton lebih 1.23 bilion penonton sejak ia dimuat naik pada Julai tahun lalu. – AFP


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Bieber Pintas Gaga Peminat Twitter Paling Ramai

Bieber Pintas Gaga Peminat Twitter Paling Ramai

OS ANGELES – Ia mengambil masa dua hari namun Justin Bieber berjaya memintas Lady Gaga sebagai ikon pop paling ramai pengikutnya di laman sosial Twitter.
“Selepas mengekori rapat, Justin Bieber berjaya mendahului Lady Gaga awal pagi semalam dalam Kaunter Twitter yang mengira dan memantau Twitter,” katanya dalam laman blognya.
Menjelang tengah hari, Biebs (Bieber) mempunyai 33,342,299 pengikut berbanding 33,333,682 untuk Mother Monster (Gaga), diikuti Katy Perry, Rihanna dan Presiden Barack Obama yang mencatatkan 26,183,711 pengikut.
Minggu lalu catatan Kaunter Twitter menganggarkan Bieber boleh melompat untuk menduduki tempat pertama sekurang-kurangnya pada Ahad lalu.
Bieber dan Lady Gaga berada di tangga teratas Twitter sejak 2010 selepas Gaga memintas Britney Spears yang ketika itu sedang mengadakan siri jelajahnya di AS. – AFP


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Jadual Ketat Untuk PM Di Davos

Jadual Ketat Untuk PM Di Davos

DAVOS (Switzerland) – Walau pun berhadapan suhu sejuk yang membeku, Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus mengharunginya di sini mengikut jadual yang ketat sepanjang penyertaannya pada World Economic Forum (WEF) yang berprestij tahun ini, yang bermula Rabu.
Najib, yang akan menghadiri WEF sebagai Perdana Menteri bagi pertama kalinya, akan melakukan lebih 10 kunjungan hormat terhadap para pemimpin asing, pertemuan bersemuka dengan para pemimpin perniagaan serta pertemuan dua hala.
Duta Malaysia ke Switzerland Datuk Ho May Yong berkata Perdana Menteri dijemput oleh Pengerusi Eksekutif WEF Prof Klaus Schwab bagi menghadiri forum itu untuk berkongsi kemajuan transformasi Malaysia.
“Perdana Menteri memutuskan untuk menerima jemputan itu,” katanya kepada para wartawan Malaysia yang meliputi acara itu, lewat Selasa, di pusat peranginan itu, yang mengalami suhu di bawah paras beku, angin sejuk dan keadaan berkabus.
Mesyuarat tahunan WEF itu, yang sememangnya dinanti-nantikan, menghimpunkan para pemimpin dari pelbagai kerajaan, perniagaan dan masyarakat sivil bagi membincangkan pelbagai isu global yang meluas.
Acara tahun ini, yang bertemakan “Resilient Dynamism” menyediakan platform bagi menonjolkan pertumbuhan dan peluang ekonomi yang cergas Malaysia walau pun berlatarbelakangkan ketidaktentuan ekonomi global sejak banyak tahun kebelakangan ini.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, ditemani oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) Datuk Seri Idris Jala dan para pegawai kanan pelbagai kementerian dan agensi.
Delegasi pegawai tinggi itu akan turut termasuk penyertaan komuniti perniagaan Malaysia.
Antara matlamat penyertaan Najib ialah untuk berkongsi pencapaian Malaysia di dalam agenda pembangunan, khususnya pelaksanaan inisiatif di bawah program transformasi.
“Ringkasnya, ia bertujuan menjelaskan kejayaan kita yang memfokuskan pada ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan daya saing ekonomi,” katanya.
Malaysia kini sedang melaksanakan transformasi ekonomi ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Ho berkata Perdana Menteri akan mengambil peluang mempromosikan Malaysia sebagai satu negara progresif dan berfikiran ke hadapan dengan mempunyai ekonomi progresif serta merupakan satu lokasi menarik bagi pelaburan.
“Destinasi pelancongan yang unik Malaysia, berserta kepelbagaian budaya akan turut dipromosikan selain meningkatkan persepsi positif negara.”
“Penekanannya sudah tentu dihalakan terhadap kestabilan Malaysia pada ruang lingkung politik, ekonomi dan sosial,” katanya.
Ho berkata kehadiran Najib di sini “sangat strategik dan diselaraskan” di segi bahawa “ia akan dilakukan di dalam konteks penyertaannya di dalam sesi WEF serta semasa pertemuan dengan komuniti perniagaan dan menjadi hos bagi Malam Malaysia.
Perdana Menteri dijadualkan mengambil bahagian di dalam beberapa sesi pada mesyuarat tahunan WEF itu, seperti sesi interaktif bagi membincangkan masalah ekonomi global dan kesan buruknya.
Pada sesi sidang pleno yang lain, Najib, bersama-sama rakan sejawatannya dan para pemimpin negara Asean yang lain, akan memperincikan mengenai cara-cara perancangan Asean untuk melaksanakan gelombang pertumbuhan seterusnya.
Perdana Menteri akan turut ditemu ramah oleh wartawan CNN, Fareed Zakaria, di mana beliau akan mengambil kesempatan menjelaskan mengenai usaha dan pencapaian serta menonjolkan cara-cara Malaysia mengekalkan transformasi ekonomi dan politik.
Najib akan turut menghoskan majlis makan tengah hari dengan para pegawai korporat di mana beliau akan menekankan mengenai usaha pemberian bantuan semula jadi bagi transformasi dan mempromosikan Malaysia sebagai satu destinasi pelaburan perdana.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat-syarikat dan perbadanan multinasional antarabangsa, pengurus dana, ahli-ahli perbankan dan perunding terpilih akan mengambil bahagian pada acara itu.
Perdana Menteri akan menghoskan satu Malam Malaysia bagi menonjolkan pencapaian Malaysia serta meningkatkan kehadiran Malaysia di WEF.
Malam Malaysia itu dijangka menjadi acara yang menakjubkan yang terdiri daripada pendekatan pertunjukan tiga segmen mengenai masa silam, semasa dan kemungkinan masa depan Malaysia, yang ingin dicapai melalui wawasannya.
Ho berkata penyertaan ahli perniagaan Malaysia pada forum itu akan membolehkan mereka menjalin jaringan dengan ahli perniagaan dari seluruh dunia dan mencari peluang baharu.
Penyertaan para pegawai kerajaan dan ahli perniagaan di Forum Davos itu adalah sebahagian daripada inisiatif awam-swasta untuk membawa masuk lebih banyak pelaburan asing dan pelancong ke Malaysia, katanya. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Zain Enggan Rozita Jadi Mangsa Gosip Lelaki Lain

Zain Enggan Rozita Jadi Mangsa Gosip Lelaki Lain

PETALING JAYA – Pelakon Zain Saidin mengambil pendekatan mendedahkan kepada umum untuk menikahi aktres Rozita Che Wan pada penghujung tahun ini bagi memastikan wanita itu tidak lagi menjadi mangsa gosip dengan mana-mana lelaki lain.
Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, berkata, dia berbuat demikian kerana agak kurang senang apabila Rozita sering kali dilaporkan mempunyai hubungan dengan lelaki lain sedangkan mereka sebenarnya sedang hangat bercinta.
“Saya kurang senang apabila dia selalu digosipkan dengan pelbagai lelaki sehingga dia menjadi bahan cercaan masyarakat.
“Saya berterus terang mengenai hubungan kami untuk mengakhiri gosip dia dengan orang lain kerana kami sedang bercinta,” ujarnya kepada mStar Online menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, ditanya mengenai perancangannya untuk berkahwin dengan Rozita pada Disember depan, Zain berkata, kenyataan itu dibuat secara ikhlas apabila disoal media mengenainya.
Zain bagaimanapun memberitahu perkara itu terletak pada jodoh serta rezeki dan sebagai manusia dia hanya mampu merancang.
“Apabila wartawan bertanya saya cuma menjawab dengan ikhlas situasi sebenar kami dan memberitahu jika ditakdirkan ada jodoh kami akan berkahwin tambahan pula hubungan kami kini serius,” jelasnya.
Sementara itu, Zain berkata, kekasihnya itu tidak mengulas panjang mengenai pendedahannya tentang hubungan mereka kerana perancangan untuk berumah tangga masih lagi jauh.
“Insya-Allah jika ada jodoh dan rezeki mungkin kami dapat bersatu pada Disember ini tetapi itu hanya perancangan dan saya tidak mahu lagi mengulas lanjut mengenai soal ini, tunggu hujung tahun kita tengok macam mana,” katanya.
Media beberapa hari lalu melaporkan pengakuan Zain untuk berkahwin dengan Rozita, 40, dan mengakui hubungan mereka itu sememangnya serius.
Zain turut dilaporkan ada menghantar kuntuman bunga mawar kepada Rozita ketika penggambaran telefilem Anak Ikan di Pork Dickson, Negeri Sembilan hujung tahun lalu sebagai membuktikan cinta mereka.
Selain Zain, Rozita sebelum ini pernah dikatakan menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki muda seperti bintang bola sepak Asraruddin Putera Omar, Shahir (AF8), Beego dan Shah Iskandar.
Rozita dalam kenyataan balasnya pula mengambil pendekatan untuk tidak mahu berbicara tentang perkara itu selain berkata sekiranya ada jodoh, mereka akan kahwin kerana pada ketika ini masih peringkat mengenali hati budi masing-masing.- MStar


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Kes Mak Tom: Banyak BALA Lagi Nak Datang, Kata Azwan

Azwan Ali

Susulan dari cerita yang dikeluarkan oleh portal Murai.com mengenai kisah ibu kepada ahli politik, Azmin Ali, ahli perniagaan, Ummi Hafilda dan artis lelaki, Azwan Ali, yang dikatakan jatuh di bilik air pada malam persandingan Ummi Hafilda, hanya Azwan Ali sahaja yang mengeluarkan kenyataan mengenai isu tersebut.
Seperti biasa, Azwan hanya mengeluarkan kenyataan melalui laman sosial Twitternya sahaja malam semalam.
Baru-baru ini, Ummi Hafilda telah pun melangsungkan perkahwinannya di rumah ibunya, di Kg. Klang Gate, Hulu Klang.
Pada malam persandingan Ummi Hafilda, dikhabarkan ibu mereka, Mak Tom telah jatuh dalam bilik air.
“Slm. Ko Henggat AKU HADAP Majlis JIJIKZ ko? Tuhan Bayar Cash! Malam yg SAMA? AMBULAN Masuk KAMPONG! Ada YG JATUH Bilik AIR coz Sial KO!”
“Slm. TUHAN MAHA ADIL ! Kes AMBULAN masuk KAMPUNG ? Tetengah MALAM BUTA? Insaf lah ! More BALA to come ! Eeeeeeee,” tulis Azwan.
Katanya lagi, kejadian itu adalah balasan di atas perbuatan Mak Tom dan Ummi Hafilda sendiri.
“Slm. What Goes Around ? HANJJJ around ! MUHASABAH la diri before BALA terus ke MUKA,” kata Azwan.
Seperti mana yang kita sedia maklum, dahulu, hubungan Azwan dan Ummi Hafilda tidak berapa baik walaupun mereka adalah adik-beradik kerana fahaman politik yang berbeza.
Malah, Ummi Hafilda juga tidak baik dengan abangnya, Azmin Ali, orang kuat dalam parti pembangkang, Parti Keadilan Rakyat.
Azwan juga turut mengikuti jejak langkah Azmin untuk bermusuhan dengan Ummi Hafilda.
Namun, atas takdir Tuhan, Azwan dan Ummi Hafilda berbaik semula dan Azwan sendiri berjanji untuk bercakap buruk terhadap Ummi Hafilda.
Tidak berapa lama selepas itu, Mak Tom pernah mengeluarkan kenyataan di media utama mengatakan dia kecewa dengan sikap anak lelakinya, Azmin Ali yang membelakangkan ibu dan keluarganya sendiri demi fahaman politiknya yang tegar.
Selepas itu, Azwan sekali lagi mengisytiharkan perang dengan Ummi Hafilda semula hingga kini.
Banyak jugalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Azwan di laman sosialnya itu.
Tambah Azwan lagi, dia hanya ada Azmin Ali dan Azman Ali sahaja sebagai adik-beradiknya, tiada orang lain lagi dalam dunia ini.
“Slm. DIVA AA Hanya ada FAMILI YB @AzminAli n AZMAN ALI dlm lebihan hidupNYA! Ko sapa JADAH? DO I CARE? SO?,” tulis artis kontroversi itu.
Apa-apa pun, jika benar Mak Tom jatuh sakit, sama-samalah kita doakan kesejahteraan ibu mereka agar kembali sembuh dan diberikan kesihatan yang baik. Amin.
AHA1
AHA2
AHA3
AHA4
AHA5
AHA6
Oleh: SORAYA IMAN


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story