Diddy Hirdy Peroleh CGPA 3.8. Tahniah!

Diddy Hirdy

KUALA LUMPUR – Walaupun sibuk dengan kerjaya dan urusan rumah tangga, bekas pelajar Akademi Fantasia, Diddy Hirdy berjaya mengekalkan keputusan cemerlang dengan gred purata kumulatif 3.8 ke atas sepanjang dia menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Suami dan bapa kepada seorang anak ini, berkata adalah menjadi kebanggaannya kerana sejak menjadi penuntut Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) secara sambilan kira-kira tiga tahun lalu, dia berjaya mengekalkan keputusan yang bagus.
“Saya tidak percaya dengan keupayaan diri saya kerana berjaya mendapat CGPA sedemikian sehingga diberikan Ikon Pembelajaran Sepanjang Hayat oleh Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya yang dipetik daripada mStar, di sini, hari ini.
Diddy berkata, walaupun sibuk dengan kerjayanya sebagai pelakon dan penyanyi, dia tetap menjadikan pelajaran sebagai tumpuan utama.
Walaupun kadangkala begitu penat kerana perlu melaksanakan banyak kerja dalam satu-satu masa, dia tetap tidak pernah putus asa.
Diddy atau nama sebenarnya Syamsul Hirdy Muhid, 28, bagaimanapun kesusahan yang dilaluinya ketika ini seharusnya menjadi pendorong kepada generasi muda serta artis-artis lain agar terus menuntut ilmu.
Ia termasuklah buat anaknya iaitu Nadra Aryssa Jauza yang kini berusia hampir dua tahun.
Dalam masa yang sama, isterinya iaitu Allen Nor Azah Musa, 28, turut memberi sokongan moral terhadap pencapaiannya dalam bidang pendidikan.
“Saya bertuah kerana isteri saya menjadi penyokong kuat terhadap kerjaya saya sebagai artis dan dalam masa yang sama mahu melihat saya berjaya dalam pelajaran.
“Malah saya mahu susah payah saya ini akan dapat dicontohi oleh anak saya apabila dia besar kelak,” katanya.
Sementara itu dalam perkembangan lain Diddy baru sahaja selesai menyiapkan lagu runut bunyi untuk filem Paku serta dalam proses menghasilkan single terbarunya.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story