Stesen Caltex Sediakan Minuman Percuma

Stesen Minyak Caltex

KUALA LUMPUR – Stesen minyak Caltex akan menyediakan minuman Nescafe UHT percuma kepada orang ramai bersempena sambutan Maulidur Rasul dan Thaipusam pada tahun ini.
Caltex melalui satu kenyataan media memberitahu, langkah itu bertujuan menggalakkan orang ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung pada sambutan tersebut untuk berehat seketika semasa dalam perjalanan.
“Pemberian kopi percuma ini sebagai usaha memastikan pengguna kenderaan berada dalam keadaan segar semasa memandu dan tiba ke kampung dengan selamat,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, minuman Nescafe UHT percuma itu diberi bermula pukul 12 tengahari hingga 8 malam di beberapa stesen Caltex terpilih bermula 26 hingga 27 Januari dan 2 hingga 3 Februari 2013.
Minuman percuma itu disediakan di Hentian Rehat Gurun dan Bukit Gantang Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), Hentian Rehat USJ Lebuhraya Elite, Hentian Rehat Lebuhraya Damansara-Puchong, Lebuhraya Simpang Empat, Lebuhraya Persisiran Pantai, Taman Sejati Indah, Sungai Petani, Kedah dan Taman Kinrara, Puchong.
Justeru, Caltex menasihatkan pemandu supaya memandu dengan berhati-hati dan mengambil rehat yang secukupnya serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan. – mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story