KUALA LUMPUR – Anak syarikat milik penuh Malaysian Airline System Bhd. (MAS) , MASkargo Sdn. Bhd. (MASkargo) menyumbang sebanyak 300 helai selimut kepada rakyat Syria.
MASkargo melalui satu kenyataan memberitahu, sumbangan melalui Persatuan Muslim Care–Syria itu bertujuan membantu rakyat negara tersebut mengharungi musim sejuk di negara berkenaan.
“Sumbangan yang dilaksanakan oleh Pasukan Respons Kecemasan (ERT) MASkargo ini sebagai keprihatinan kami terhadap mereka yang memerlukan,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, sumbangan berkenaan juga sebahagian usaha berterusan MASkargo untuk bekerjasama dengan masyarakat menyokong pembangunan budaya, pendidikan dan kedudukan sosio-ekonomi dunia.
Jelas kenyataan itu, bantuan selimut itu dianggap bermakna kepada rakyat Syria yang kini berhadapan situasi perang dan selimut dapat membantu mereka menghadapi musim sejuk. – mynewshub.my
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment