Drama bersiri Sehangat Asmara yang ditayangkan setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam di Astro Mustika HD (Saluran 134) bermula semalam menyaksikan dua pelakon berbakat ini digandingkan sebagai kekasih buat kali pertama.
Drama Sehangat Asmara adalah adaptasi dari novel hasil nukilan Aisya Sofea ini dilakonan oleh aktor kacak, Adi Putra dan juga Rita Rudaini.
Difahamkan, drama ini dijangka mampu mencetus fenomena sebagaimana Adam & Hawa lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa tahun lalu.
Menerusi Harian Metro, Adi berkata, selepas mula ditayangkan semalam, masih terlalu awal baginya untuk menilai reaksi penonton.
“Secara jujurnya, susah hendak jangka lagi. Sehangat Asmara sudah lama menjadi fenomena dan mempunyai pengikut yang ramai dari zaman terbitan novelnya.
“Aisya juga adalah penulis novel Adam & Hawa. Bahkan pengarah dan produksi yang menerbitkan Sehangat Asmara jugalah yang menerbitkan Adam & Hawa iaitu Mohd Feroz Kadir dan Global Station. Jadi saya tak bimbang sangat,” katanya.
Sehangat Asmara berkisar mengenai ranjau dalam hubungan dua darjat, Kamilia Najwa lakonan Rita Rudaini dan Zainal Arief (Adi Putra) yang berkahwin tanpa restu keluarga di Sydney, Australia.
Kebahagiaan mereka berakhir apabila Zainal terpaksa pulang ke tanah air dan berjanji untuk kembali semula ke pangkuan isterinya.
Turut menghangatkan siri ini adalah Shahrizal Jaszle, Fureena Ezlin, Izreen Azminda, Hafizuddin Fadzil dan Dian P Ramlee.
Tayangannya bermula semalam setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam di Astro Mustika HD (saluran 134).
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment