Bank Islam Buat Laporan Polis Terhadap Azrul Azwar

Azrul Azwar

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) membuat satu lagi laporan polis terhadap Ketua Pakar Ekonominya, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin yang digantung kerja sejak 14 Januari lalu.
Bank Islam melalui satu kenyataan media memberitahu, laporan polis kedua itu dibuat hari ini kerana pihak bank menemui satu lagi bukti baru Azrul Azwar melanggar polisi dalaman syarikat perbankan tersebut.
“Laporan polis tersebut dibuat sebagaimana yang telah dinyatakan dalam surat tunjuk sebab yang dihantar kepada Azrul Azwar pada 17 Januari lalu.
“Bank Islam sekali lagi menekankan bahawa tindakan penggantungan kerja tidak mempunyai kaitan dengan pembentangannya pada satu persidangan ekonomi di Singapura,” kata kenyataan itu hari ini.
Mynewshub.my sebelum ini melaporkan Bank Islam sebagai menjelaskan penggantungan tugas Azrul Azwar sebagai Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam disebabkan beliau melanggar polisi dalaman bank.
Menurut Bank Islam, tindakan penggantungan tiada kaitan dengan pandangan peribadi Azrul Azwar yang membuat kenyataan kontroversi di Singapura berhubung peluang Barisan Nasional (BN).
Azrul Azwar ketika menjadi panel dalam forum ekonomi antarabangsa di Singapura baru-baru ini dilaporkan membentangkan kajian yang mendakwa BN hanya akan menang tipis dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. – mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story