Selepas meraih penerbangan ke Kunming dan Nanning, AirAsia mengekalkan langkah dengan memperkenalkan laluan baru Ke China menerusi Kota Kinabalu ke Guangzhou.
Laluan baru itu dibuka untuk jualan bermula 13 November lalu dan menerima lebih daripada 20,000 tempahan.
Bagi menyambut penerbangan sulung sempena sambutan Hari Krismas, AirAsia menawarkan harga semua dalam satu serendah RM199 sehala dari Kota Kinabalu ke Guangzhou.
Tempahan dibuka bermula semalam sehingga 2 Januari 2013 bagi tempoh penerbangan 4 Januari hingga 31 Mac 2013.
AirAsia turut mengumumkan lapan laluan baru ke China tahun ini dari Bangkok ke Chongging, Wuhan dan Xian serta Chiang Mai ke Macau. Juga dari Kuala Lumpur ke Beijing, Shanghai, Nanning dan Kunming.
Sementara itu, AirAsia terus komited mengembangkan pasaran sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai syarikat penerbangan asing terbesar oleh kapasiti di China, yang dikenali sebagai Pusat Penerbangan Asia Pasifik (Capa).
Sebagai syarikat penerbangan berpangkalan di Asean, langkah AirAsia tepat untuk memanfaatkan permintaan pelancongan besar keluar dari China ke Asean.
Melalui rangkaian laluan yang luas dan tambang rendah, syarikat penerbangan itu telah berjaya merangsang pelancong meneruskan perjalanan ke seluruh dunia. – SinarHarian
0 comments:
Post a Comment