Awas Wanita Anda Mungkin Diiklankan Sebagai Pel@cur!


Awas Wanita Anda Mungkin Diiklankan Sebagai Pelacur!
KUALA LUMPUR: Sindiket pelacuran didapati memasukkan gambar wanita tidak berdosa dalam laman Facebook bagi menarik pelanggan, kata Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong.
Beliau berkata sehingga kini pihaknya menerima lima laporan daripada mangsa terbabit.
Kes terbaru membabitkan seorang pegawai pentadbiran di sebuah syarikat swasta yang terpaksa menanggung malu setelah gambar wajahnya dipaparkan dalam Facebook sebagai gadis yang menawarkan perkhidmatan seks, sejak empat bulan lalu, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Wanita berusia 20 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Tan berkata, gambarnya telah digunakan dalam dua akaun Facebook iaitu ‘JessySerikembangan’ dan ‘Lisa Carino’ kononnya beliau menawarkan khidmat seks dengan caj RM200 untuk sekali perkhidmatan dan RM500 untuk tempoh semalaman.
Tan dari Shah Alam berkata beliau mendapati wajahnya telah dipotong dan disambungkan kepada gambar badan wanita lain yang berpakaian seksi dan berbikini.
“Saya mendapat tahu apabila rakan saya memberitahu wajah saya disiarkan di laman itu.
“Saudara dan rakan saya menganggap saya terpaksa menjual tubuh saya kerana masalah kewangan. Ini amat memalukan saya,” katanya pada sidang akhbar itu. Tan berkata sehingga kini wajahnya masih terpampang di laman sosial berkenaan.
Beliau berkata beliau telah menyamar sebagai pelanggan untuk mendapat maklumat lanjut mengenai perkara itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan sindiket itu telah meminta beliau terlebih dahulu memasukkan RM300 ke dalam akaun sebuah bank milik individu lain.
Tan berkata beliau telah membuat laporan polis Ogos lepas dan kepada pengurusan Facebook yang sehingga kini belum mendapat sebarang tindak balas. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story