Rupa-rupanya, Apex dan Leuniey sebenarnya pandai menyanyi

Video: Apex Dan Lueniey Menyanyi Hindustan

Dalam kesibukan menghadapi hari-hari mereka untuk dinikahkan, selebriti bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dan tunangnya, Natasha Leuniey sempat lagi berhibur.
Apex dan Leuniey bakal diijab kabulkan pada 28 Disember nanti.
Jadi, tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum mereka berdua sah bergelar suami isteri.
Hari ini, Apex dan Leuniey telah dijemput oleh radio Thr.Fm bagi slot Carta Hits Gegar.
Apex dan Leuniey dijemput bagi berkongsi cerita cinta mereka dengan peminat-peminat khususnya pendengar radio tersebut.
Di hujung slot tersebut, Apex dan Leuniey sempat menyanyikan lagi hindustan kepada para pendengar.
Mereka berdua menyanyikan lagu dari runut bunyi filem Raaz berjudul, Jo Bhi Kasmein Khaayi Thi Humne.
Rupa-rupanya, Apex dan Leuniey sebenarnya pandai menyanyi.
Jom layan!
Oleh: NAIMAH SHAARI

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story