JPJ Tingkat Rondaan Di Musim Tengkujuh

JPJ Terengganu

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangktan Jalan (JPJ) Terengganu akan meningkatkan rondaan bagi memantau keselamatan jalan raya di musim tengkujh yang sudah pun bermula.
Pengarahnya Abdul Rahman Emang Anyie berkata selalunya pada musim tengkujuh, kadar kemalangan turut bertambah akibat permukaan jalan yang licin serta terdapat banyak lubang dan lopak yang digenangi air yang sukar dijangka oleh pemandu.
“Keadaan ini boleh mengakibatkan pelbagai risiko, sekaligus boleh mencatat kadar kemalangan lebih tinggi berbanding pada hari biasa,” katanya pada majlis Santai Bersama JPJ di Pulau Duyong di sini hari ini.
Abdul Rahman juga berkata pembekuan cuti kakitangan tidak akan dikuatkuasakan bagi menghadapi musim tengkujuh.- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story