Sedih! Fazurina Hanya Sempat Peluk Ibu Beberapa Saat Saja

Fazurina Hanya Sempat Peluk Ibu Beberapa Saat Saja

Isu mengenai pelakon, Fazurina yang berkahwin tanpa mendapat restu daripada ibunya mendapat perhatian luas daripada masyarakat.
Ada yang mengatakan Fazurina, 30, tidak patut mendirikan rumah tangga jika ibunya sendiri tidak setuju dengan perkahwinan itu.
Ini kerana restu seorang ibu amat penting dalam sebuah kehidupan.
Malah, ada juga yang berkata sebenarnya Fazurina sudah beberapa kali memujuk ibunya supaya bersetuju untuk menerima pinangan Hykal Zulkifli tetapi ibunya tetap tidak menerima.
Lebih mengejutkan ada beberapa pihak yang mendakwa ibunya hanya mahu bermenantukan anak orang kaya saja.
Oleh yang demikian, Fazurina telah mengadakan sidang media pada Isnin lalu di Hotel Seri Malaysia, Pulau Pinang untuk menerangkan keadaan yang mana dia dan Hykal sudah sah menjadi suami isteri dan mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Sidang media berkenaan turut dihadiri ibunya bersama adik lelaki pelakon drama Trilogi Cinta berkenaan.
Namun, sesuatu yang menyahat hati telah berlaku selepas sidang media tersebut.
Sejurus tamat sidang media, Fazurina melihat ibunya bergegas keluar.
Melihat keadaan itu, Fazurina terus mengejar ibunya untuk memohon kemaafan dan mereka berpelukan beberapa saat sebelum si ibu menolaknya apabila menyedari kehadiran saudara mara lain.
Seluruh pihak media yang berada di situ turut mengharapkan yang sesi bersalaman diadakan namun semuanya hampa.
Sayangnya wakil pihak ibunya menyatakan yang kehadiran mereka di situ adalah hanya untuk mendengar sahaja.
Kasihan sungguh dengan nasib yang menimpa Fazurina ini. Sudah-sudahlah tu, Fazurina telah pun selamat berkahwin dengan berwalikan bapa saudaranya.
Daripada terus bermasam muka, baiklah hadapi kenyataan ini.
Rasanya tidak mungkin hati seorang ibu sanggup melihat anak bersedih, agaknya ada orang yang cuba menghasut ibunya kot.
Entahlah. Wallahualam…
Oleh: KASIH ISA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story