PNB Agih Pendapatan ASN 6.30 Sen Seunit

PNB Agih Pendapatan ASN 6.30 Sen Seunit

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengumumkan kadar pengagihan pendapatan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012, sebanyak 6.30 sen seunit.
Jumlah itu merupakan peningkatan 0.25 sen berbanding tahun lepas.
“Jumlah pulangan ini adalah jumlah yang terbaik dalam tempoh 10 tahun ini,” kata Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid pada majlis pengumuman pengagihan pendapatan skim ASN di sini.
Jumlah pembayaran tersebut akan diterima oleh seramai 1.23 juta pemegang unit yang melanggan 1.46 bilion unit ASN. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story