Remaja 16 Tahun Maut Motosikal Berkuasa Tinggi

Remaja 16 Tahun Maut Motosikal Berkuasa Tinggi

GEORGE TOWN – Kegembiraan seorang remaja lelaki menunggang motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai baru dihadiahkan oleh bapanya berkecai apabila dia maut dalam kemalangan di Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Lepas di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 5 petang, mangsa Muhammad Amshar Aniq Ruzaidi, 16, mati di tempat kejadian apabila motosikal berkuasa 1,000 cc yang ditunggangi mangsa merempuh belakang sebuah kereta Perodua Myvi yang keluar dari satu simpang secara tiba-tiba.
Mayat mangsa ditemui terbaring di atas jalan manakala motosikal jenis Honda CBR itu pula terseret sejauh 38.5 meter dari lokasi mayat mangsa.
Semasa kejadian, remaja berasal dari Taman Utara, Batu Uban itu menunggang seorang diri dari Bayan Lepas menuju ke pusat bandar bandar.
Difahamkan, Muhammad Amshar baru memperoleh lesen memandu motosikal berkuasa tinggi pada 13 Disember lalu. Motosikal itu pula dikatakan milik ayahnya yang dipinjam remaja berkenaan.
motor

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story