Video: Lelaki Yang Mudah Cuak & Takut!

scared_man

Setiap manusia pastinya mempunyai perasaan takut untuk berhadapan dengan sesuatu perkara.
Contoh adalah takut untuk berhadapan dengan hantu yang dikatakan mempunyai wajah yang seram dan ngeri.
Berbeza bagi seorang lelaki bernama Basse Andersen dari Arendal, Norway yang mempunyai perasaan takut yang melampau-lampau dan pelik.
Kebiasaannya, bila kita takut, kita akan mengalami perasaan gementar atau dalam istilah mudah difahami adalah cuak.
Bagi Basse, perasaan takut dan cuak yang dalam dirinya bukanlah perkara yang dibuat-buat atau disengajakan.
Setiap benda misalnya terjatuh di hadapannya, pasti dia akan terkejut teruk!
Dek kerana perasaan yang tidak boleh Basse kawal itu, seorang rakan kerjanya telah melakukan aksi atau sengaja membuatkan Basse menjerit ketakutan.
Aksi Basse itu telah dirakam dan dihantar ke satu pertandingan hinggakan sahabatnya itu memenangi hadiah utama.
Walaupun sering diusik oleh sahabat-sahabatnya di pejabat, Basse langsung tidak kecewa atau marah kerana merasakan itu hanyalah gurauan dan satu komunikasi mengeratkan hubungan mereka.
Ketawa dan suara jeritan di pejabatnya adalah perkara biasa untuk ditempuhi setiap orang di sana.
Oleh: NAIMAH SHAARI

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story