Bapa Leuniey Sedih Tidak Dijemput Hadiri Pernikahan Anaknya Dengan Apex

Leuniey Tidak Menjemput Bapa Kandung Ke Majlis Nikah?

Tinggal dua hari saja lagi pasangan secocok Apex dan Leuniey Natasha bakal bernikah.
Bercakap mengenai pernikahan, hati ibu bapa mana yang tidak gembira apabila mendapat tahu anak mereka akan mendirikan masjid bukan?
Namun, masih ada ibu bapa yang seakan tersisih apabila majlis perkahwinan yang akan diadakan nanti tidak dapat mereka hadiri kerana tidak dijemput.
Takkanlah sampai begitu sekali. Pasti hancur luluh hati mereka.
Berita Harian, semalam, melaporkan yang bapa kandung kepada Nur Eilunie Natasha atau Leuniey terkilan kerana tidak dijemput menghadiri majlis pernikahan anak sulungnya itu dengan penjaga gol kebangsaan.
Jaafar Mohamad berkata, dia sedih kerana tidak dapat menyaksikan anaknya dinikahkan Imam Besar Masjid Pasir Pekan di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, pada jam 10 pagi nanti.
“Dia (Leuniey) satu-satunya anak perempuan saya. Sebagai seorang ayah, besar harapan saya untuk melihat sendiri ketika anak diijabkabulkan, namun saya tidak dijemput untuk menghadiri majlis pernikahan itu.
“Bagaimanapun, saya akan hadir jika dijemput,” katanya.
Jaafar berkata, beberapa hari lalu, beliau dikunjungi Leuniey dan Apek yang meminta tandatangannya sebagai wali, tetapi mereka tidak menjemputnya ke majlis berkenaan.
“Walaupun agak terguris dengan cara itu (meminta tandatangan), saya terpaksa memenuhi permintaan mereka yang akan melangsungkan perkahwinan Jumaat ini,” katanya dalam nada sebak.
Sementara itu, Leuniey adalah anak sulung Jaafar hasil perkahwinannya dengan Nor Laila Abu Bakar, 40, sebelum mereka bercerai 10 tahun lalu.
Jaafar kini tinggal bersama isteri baru dan dua anak lelaki mereka.
“Walaupun Leuniey tidak membesar dalam jagaan saya, saya masih tetap ayahnya dan sepatutnya hadir pada majlis itu,” katanya.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story