VIDEO: Bila Tiga Datuk Seri ‘Tunjuk Belang’…HEBAT!!!


Nama seperti Datuk Seri Idris Jala, Datuk Seri Shazalli Ramly dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar bukanlah asing dalam dunia perniagaan korporat tanah air.
Idris yang sebelum ini adalah Pengarah Urusan MAS dilantik menjadi senator dan kini menyandang jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
Idris juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU).
Idris dilantik sebagai Pengarah Urusan dan CEO MAS pada Disember 2005, selepas syarikat itu mengalami kerugian paling besar dalam sejarah korporatnya.
Idris-Jala
Sewaktu di bawah kepimpinannya, Idris berjaya meletakkan kembali MAS ke landasannya setelah bertahun mengalami kerugian dan menanggung beban hutang yang besar.
Begitu juga Datuk Seri  Shazalli Ramly.
Beliau yang sebelum ini sinonim dengan NTV7 telah mencipta sejarah apabila berjaya menerajui syarikat Celcom Axiata Bhd. (Celcom) hingga ia mencatatkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak RM1.69 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama yang berakhir 30 September 2012, meningkat 15 peratus berbanding RM1.47 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu.
b_04shazali
Keuntungan itu dikatakan yang tertinggi dalam industri setakat ini.
Perolehan syarikat turut mencatatkan peningkatan iaitu sebanyak lapan peratus kepada RM5.76 bilion berbanding RM5.33 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Wahid apatah lagi.
Bintangnya yang gemerlapan sewaktu memimpin Telekom kini semakin bersinar apabila berjaya membawa Maybank, bank yang diterajuinya sekarang mencatat keuntungan sebelum cukai Kumpulan Maybank melonjak 15.6 peratus kepada RM5.95 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September lalu.
DSAbdulWahidOmar
Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) kumpulan perbankan itu pula adalah RM4.29 bilion bagi sembilan bulan berakhir 30 September lalu, meningkat 18.2 peratus berbanding RM3.63 bilion yang dicatatnya tempoh sama tahun lalu.
Tetapi tahukah, di sebalik kemahiran mereka bermain dengan ‘angka’, ketiga-tiga mereka seolah-olah berkongsi minat yang samai iaitu muzik.
Lebih tepat lagi, mereka bukan sekadar penggemar tetapi juga pemain muzik yang handal.
Idris sebagai contoh, boleh bermain ‘lead guitar’ dengan begitu baik dan pada masa yang sama cukup hebat mendendangkan lagu-lagu berirama blues.
Mungkin tak sehebat Man Kidal, tetapi lenggok petikan gitarnya seolah-olah kita sukar hendak percaya bahawa yang memainkannya itu adalah seorang Menteri!
Begitu juga Shazalli yang cukup berbakat dalam bermain dram terutama lagu yang berentak rock.
Wahid juga begitu.
Lebih menarik, dalam banyak majlis makan malam bank tersebut, Wahid dengan ‘sporting’ akan naik ke pentas bermain gitar sambil menyanyi lagu-lagu kegemaran anak muda kini termasuk dari Bunkface.
Ternyata mereka serba boleh, hebat di atas kertas, hebat juga di atas pentas.
Cool beb!
IDRIS JALA
SHAZALLI RAMLI
WAHID OMAR

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story