VIDEO: Nurul & Suami Gembira Bercuti Di Perancis


1
Ketika ini, penyanyi wanita, Nurul Wahab dan suaminya, Eric Depp telah pun pergi ke Perancis untuk menyambut Krismas bersama keluarga mertuanya.
Nurul telah berangkat ke Perancis pada 19 Disember lalu dan dikhabarkan bakal berada di sana sehingga 11 Januari tahun hadapan.
Kegembiraan Nurul sepanjang berada di sana dikongsi bersama peminat-peminatnya di blog penulisannya, nurulwahabdepp.wordpress.
Setiap kisah dan pengalaman sepanjang berada di sana ada Nurul ceritakan dalam blognya.
Malah, dia juga turut merakam setiap perkara yang dilakukan di sana.
“Seronok betul dapat tiba di Saint Die’ ni.. Satu kampung kecil di dalam daerah Des Vosges berdekatan Strasburg dan Colmar. Eric yang nampak excited nya. Maklumlah tempat jatuh, lagi kan dikenang. Ini kan pula kampung sendiri. Kami akan pulang ke Malaysia tanggal 11 Januari depan.” tulis Nurul.
Nurul dan Eric telah bernikah pada 6 June yang lalu dengan dihadiri kaum keluarga dan sanak saudara.
2
3
4
6
7
8
9
Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber Foto: OhBulan!

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story