Zizan Difitnah Sertai Demo Depan Sri Pentas

Zizan Difitnah

Pagi tadi, Mynewshub.my ada melaporkan pelakon dan pengacara lelaki, Zizan Razak dikatakan terlibat dalam demonstrasi dan perhimpunan hadapan Sri Pentas, Media Prima.
Demonstrasi itu dilakukan seramai 200 penunggang motorsikal berkuasa tinggi atau ‘bikers’ untuk menuntut pengacara lelaki, Mazidul Akmal Sidek dan stesen TV3 memohon maaf kepada kelab bikers atas laporan palsu yang dilakukan oleh Mazidul dalam rancangan Majalah 3 beberapa minggu lalu.
Menurut kumpulan bikers itu, Mazidul telah melaporkan perkara yang palsu dan memfitnah dua orang bikers tersebut.
Kejadian tersebut secara tidak langsung telah mengherat Zizan ke dalam hal tersebut.
Menerusi laporan di portal Buahmulut.com, seorang teman rapat kepada Zizan telah menerangkan situasi yang berlaku pada Zizan melalui emel yang dihantar.
Ini butiran kenyataan dalam emel tersebut;
TUDUHAN BUAT ARTIS DAN PELAWAK POPULAR ZIZAN RAZAK ADALAH FITNAH DAN DISALAH ERTI.
“Zizan baru menjelaskan kepada saya sebentar tadi dan meminta bantuan agar kes beliau difitnah memegang kertas AES itu kerana selepas beliau mahu masuk ke Seri Pentas Tv3 untuk mengacara racangan siaran langsung MELODI dan beliau telah lambat kerana di Demonstrasi oleh orang yang merusuh kerana Mazidul Akmal dari 999 memfitnah penunggang motor berkuasa tinggi.
Zizan keluar dari kereta dan mahu masuk ke studio kerana kereta beliau tersangkut di tengah-tengah demonstrasi depan itu dan tidak mahu kelewatan. Sebagai seorang artis paling popular beliau di datangi dan diserbu oleh ahli demonstrasi yang mengenali beliau dan juga orang berebut untuk bergambar oleh orang yg membuat demotrasi dan tangan Zizan ketika dilihat dalam gambar amat banyak sekali barang dan ketika itu seorang ahli demontrasi itu telah memberi kertas yg Zizan tidak perasan apa itu dan terus mengangkat tangan dan masuk ke Studio tanpa mengetahui apa yg tertulis.
*dalam kenyataan bloger2 pembangkang mengatakan selepas melodi 1.45ptg dan itu adalah fitnah dan kejadian terjadi sebelum mahu mengacara Melodi.
*Mengangkat kertas boikot AES itu adalah tidak benar kerana beliau hanya melambai tangan kerana mahu cepat ke studio dan Zizan tidak mempunyai pegawai keselamatan. Zizan meminta supaya pihak kerajaan mahupun rakyat tidak memanipulasi gambar itu dan memintanya menyokong dan menganggap ini satu kejadian yang tidak diketahuinya dan kerana populariti beliau telah disalah guna.
Thanks”
Jadi, terbukti sekarang, Zizan tidak terlibat langsung.
Kasihan pada Zizan, namanya terpalit sama dalam isu tersebut.
Oleh: SORAYA IMAN

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story