Si Ayu Neelofa Bakal Akhiri Zaman Dara | Melihat kepada pakaian yang digayakannya, pelakon dan pengacara popular, Neelofa dilihat seperti bersedia mengakhiri zaman anak daranya. Neelofa yang mengenakan busana khas persalinan majlis pernikahan hasil rekaan pereka fesyen terkenal, Syaiful Baharim.
Menurut kata perekanya Syaiful Baharim, "Jika tahun lalu, saya menggunakan pelakon cantik Scha Al-Yahya bagi menjayakan kempen pakaian persandingan kami. Tetapi kali ini, Neelofa yang sebelum ini hanya sebagai pengapit untuk Scha bagi kempen berkenaan telah dipilih.
"Kami terpikat dengan keanggunan Neelofa. Bagi pandangan saya sebagai seorang pereka fesyen, dia memiliki keayuan yang luar biasa dan sangat sesui untuk koleksi pernikahan kami ini," katanya yang turut ditemani pengarah urusan, Megat Alfie.
Jelas Syaiful Baharim lagi, tidak ramai pereka fesyen tempatan yang hadir dengan koleksi pakaian pernikahan.
Jadi apa salahnya dia mengalihkan pandangan kepada penggemar fesyen tanah air dan setiap bakal ratu sehari untuk memberi lebih tumpuan kepada pakaian pernikahan, iaitu detik paling bersejarah dalam diri seorang wanita.
"Istimewanya koleksi ini apabila saya menggabungkan unsur tradisional dan moden. Malah seperti kebanyakan rekaan saya sebelum ini, koleksi pernikahan ini juga tidak lari dari permainanan detailing yang tersendiri lagi mewah.
"Contohnya, permainan manik berkilau yang lain daripada yang lain serta bulu burung Kasawari adalah salah satu keistimewaan yang ada pada koleksi kali ini.
"Itulah kekuatan yang ingin saya ilhamkan kali ini supaya ianya tampak lebih istimewa, tersendiri dan memiliki sentuhan peribadi yang tak mudah dilupakan," katanya teruja.
Lihat gambar ayu Neelofa yang lain dibawah.
sumber
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=14507&c=30&s=152
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
1 comments:
WAWA ZAINAL lagi cantik dari minah muka karipap ni...puiiiii
Post a Comment