SETELAH saban hari berkerja, pelakon terkenal Aaron Aziz bakal berehat seketika untuk membawa isteri dan tiga cahaya matanya ke tanah suci untuk menunaikan umrah, pada November depan.
Walaupun ini adalah kunjungannya yang ketiga ke Tanah Suci, namun Aaron akui nyata lebih teruja kali ini kerana disertai oleh anak-anaknya iaitu Danish Anaqi, 11; Dwi Ariana, 9; dan Dahlia Arissa, 5.
“Inilah kali ketiga saya ke Makkah bagi menunaikan umrah. Istimewanya, ibadat kali ini turut disertai ketiga-tiga anak kami.
“Saya ingin membawa mereka menunaikan umrah sebagai persiapan sebelum menunaikan ibadat haji, suatu hari nanti. Doakan semoga semuanya berjalan lancar,” katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, suami kepada Diyana Halik ini menafikan kerjaya seninya semakin suram.
Sebaliknya, Aaron mendakwa baharu sahaja menamatkan penggambaran drama untuk sebuah saluran televisyen di Singapura.
“Saya baharu saja selesai menjalani penggambaran drama di Singapura selama tiga bulan. Saya juga tidaklah menghilangkan diri, sebaliknya sibuk dengan penggambaran.
“Pada masa sama, menjadi lumrah apabila nama seseorang artis itu tenggelam timbul. Begitupun, saya bersyukur kerana peminat sentiasa menyokong kerjaya seni saya,” katanya lagi.
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment