RAKAMAN video memaparkan dua lelaki ‘gempal’ tidak berbaju memukul seorang individu dipercayai kontraktor Syarikat Air Johor Holdings Bhd (SAJ) kini tersebar secara meluas di laman sosial.
Laman Facebook JB Traffic, Road Block & Potholes Report yang memuat naik video berkenaan menyatakan, insiden itu berlaku di Kampung Melayu Kulai, Johor Bahru.
Insiden difahamkan berpunca apabila kedua individu terbabit tidak berpuas hati dengan tindakan kakitangan SAJ itu memotong bekalan air di kawasan Kampung Melayu di sini.
“Aku cakap engkau pasang, aku cakap kau pasang je la kan senang,” ujar suspek di dalam video.
Kedua-dua pemuda itu kemudian bertindak ganas memukul mangsa yang tidak melawan dan salah seorangnya menendang ke arahnya.
Suspek kemudian menuju kearah seorang lagi kakitang SAJ bertugas, memintanya untuk tidak merekodkan kejadian sebelum rakaman berdurasi 15 saat itu ditamatkan.
Difahamkan, suspek turut menggunakan cangkul sebagai senjata untuk menggugut mangsa namun video kejadian tidak sempat dirakam.
Laman FB JB Traffic, Road Block & Potholes Report turut mendakwa kontraktor berkenaan sebelum ini telah banyak memberi muka kepada suspek.
Mangsa difahamkan sudah tiga kali mengelak daripada menanggalkan meter air rumah suspek dan turut mengingatkan mereka agar menjelaskan bil yang tertunggak, sebelum pihak SAJ mengambil tindakan.
Namun kali ini, lain pula ‘hadiah’ yang diterimanya diatas jasa baik yang dilakukan.
Seorang pengguna Facebook, Nazi Syah menyatakan: “Kesian mereka, nama pun tugas, memang tu la tugasnya, ditengah-tengah hari panas demi sesuap rezeki yang halal untuk dibawa pulang ke anak bini..apapun tahniah selamat ke dalam.”
Sementara itu, Mariana berkata: “Pasal meter pun nak bertumbuk terajang bagai…dah sedap guna air tak bayar…memang patut pun kene potong! Macam manusia tak bertamadun…kesian abang yang jadi mangsa keadaan tu.”
Dalam pada itu Khairul Anuar Alias turut memuat naik komen:” Buat malu bil air tak bayar.. lagi ko blasah orang tengah jalankn tugas. Gengster mane tu tak pakai baju kalau kene rotan badan tu sakit tak. Yang lain pulak tunjuk hebat daa.. buat malu la melayu.”
Sumber polis memberitahu Mynewshub, aduan mengenai insiden tersebut telah dilakukan dan Polis kini sudah membuka kertas siasatan. -MYNEWSHUB.CC
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment