BINTANG bola sepak dunia dan tonggak pasukan Real Madrid,
Cristiano Ronaldo baru-baru ini dikecam kerana memijak tapak patung kepala Buddha ketika bergambar.
Tindakan Ronaldo memijak tapak patung kepala Gautama Buddha menimbulkan kemarahan penganut agama itu kerana disifatkan sebagai satu perlakuan yang biadab dan menghina agama mereka.
Ronaldo yang terkenal dengan aksi lincah di atas padang asalnya memuat naik gambar tersebut menerusi akaun Instagram dan Facebook peribadinya pada Khamis lalu.
Menerusi gambar yang tersebar, penyerang Real Madrid itu dilihat berdiri di sebelah replika itu sementara kaki kanannya memijak tapak kepala Buddha tersebut dengan kapsyen berbunyi ‘Bom dia’ atau ‘selamat pagi.’
Seorang netizen dikenali sebagai leinad.man.prajapati berkata: “Saya rasa anda tidak menghormati agama itu. Jangan hancurkan hati orang lain dengan mempamerkan tindakan sedemikian.”
Manakala devkotaamrit pula, ” Anda mungkin pemain bola sepak terbaik dunia tetapi anda juga merupakan manusia yang paling teruk di alam semesta.”
Gambar kontroversi tersebut sehingga kini berjaya mendapat lebih 26 juta komen menerusi Instagram manakala 70 ribu lagi melalui laman Facebook.
Rata-rata pengikutnya menggesa pemain itu supaya segera memadam gambar tersebut daripada laman sosialnya, namun tidak diendahkan. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Malaysian Digest
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment