KECOH jadinya laman sosial hari ini apabila video viral memaparkan sekumpulan murid perempuan menjerit ketakutan akibat dipaksa terjun ke dalam kolam yang dicampak dengan ular sawa.
Program yang dipercayai anjuran Anggota Pertahanan Malaysia (APM) itu mengundang kecaman ramai kerana tindakan fasilitator yang mencampak ular kepada murid dilihat tidak sesuai menjadi sebahagian modul program untuk pelajar sekolah rendah.
Perkara ini membuatkan laman Facebook Mynewshub turut ‘diserang’ ribuan komen daripada netizen yang mengecam tindakan kurang bijak fasilitator program bina jati diri berkenaan.
Entah apa yang difikirkan jurulatih APM ini namun bagi kami, apa sebenarnya yang berlaku adalah ibarat PENDERAAN kepada murid-murid tersebut.
Jika diperhatikan kembali rakaman video itu, salah seorang daripada anggota APM dilihat turut menggunakan pancutan hos air yang digunakan untuk ditembak kepada peserta dengan tujuan untuk mengacah mereka.
Sudahlah mencampak ular ke dalam kolam, kemudian ditembak pula dengan air, mana tak bertambah panik budak-budak tu?
Bukan setakat itu sahaja, murid-murid perempuan berkenaan turut disergah supaya memberanikan diri. Apa masalah anggota APM ini?
Hal ini hanya memberikan trauma buat pelajar tersebut, bukannya menjadi lebih berani!
Ada yang meminta agar pelatih program dikenakan tindakan undang-undang jika terbukti wujud sebarang elemen ganguan seksual dan mental peserta selepas daripada kejadian itu.
Ya kami amat menyokong tindakan ini!
Namun, masih ada individu yang seakan menyokong tindakan anggota APM, menurut mereka kononnya murid-murid masa kini terlalu ‘manja’ dan seharusnya dikenakan pelbagai elemen latihan ‘keras’ seperti itu.
Mungkin tidak kena pada batang hidung mereka, bolehlah kata macam-macam, tapi cuba bayangkan jika anak mereka sendiri yang berada di dalam kolam dengan seekor ular? Tahu marahkan? -MYNEWSHUB.CC
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment